Merbau Adventure and Recreation Club, Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia
26 October 2009
Review: Skytrex
Skytrex merupakan satu aktiviti outdoor baru dan menarik. Pada asasnya, aktiviti ini menguji keberanian berjalan diatas objek yang disediakan pada ketinggian maksimum 22meter dari tanah.
Aktiviti ini terdapat 3 course iaitu Little Adventure, Big Thrill dan Extreme Challenge.
Peserta yang ingin melakukan aktiviti ini hendaklah mempunyai ketinggian minumum dari 1.1m hingga 1.5m mengikut course dan mempunyai berat badan tidak melebihi 100kg.
Skytrex kini dikelolakan oleh SKYTREX SDN BHD yang terletak di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.
Harga mengikut course:
Little Adventure: RM25
Big Thrill: RM35
Extreme Challenge: RM40
Selain menyediakan aktiviti skytrex, terdapat juga aktiviti dan kemudahan lain yang disediakan seperti berbasikal, kayak, paintball, chalet dan juga tapak khemah.
Untuk bacaan lanjut, sila layari : http://www.skytrex-adventure.com/index.php
p/s: Apa pendapat MARCcrewz?
19 October 2009
RENUNGAN yg BESH
FROM PENASIHAT MARC
Apaizuddin Ithnan If sum1 asked me,"what is MARC means to you..?" the answer that i might give is "marc is my family, my brothers n sisters, my bestfrenz... place where i learn h0w to give and take.. annoyed cry and smile.. fall and stand up..tense and ...enjoy.. listen and command.. sacrifice and being appreciated.." thank GOD for giving me the chance to be one of MARC big happy family... Alhamdulillah
sorry en APAI erm terharu plak dengar ayat en APAI ny....jd ahli2 MARC juz renung ayat ny n amek la iktibar...chewah...tp mang salute kat en APAI....hidop en APAI dan hidop MARC gak....
pada ahli MARC trozkan la perjuangan anda k meningkatkan kredibiliti kiter...
pada ahli MARC trozkan la perjuangan anda k meningkatkan kredibiliti kiter...
15 October 2009
Annual Grand Meeting 2009/2010
presiden : MOHD HAZWAN BIN JALUDIN (3SKB)
timb. presiden 1 : MUHAMMAD ZAKWAN BIN MOHAMED YUSSOF (2SAW)
timb. presiden 2 : SITI NADIAH BT MOHD ABDAH (3SKB)
setiausaha : IZZAH SYAZWANI BT SALIKAN (3SKB)
timb. setiausaha : SOFIA FATIMAH BT ZULKIFLI (1SKB)
bendahari : SYARIFAH FAEZAH BT SYED ABDUL RAHIM (2SAW)
timb. bendahari : ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD SAFUAN (1SAW)
Crewz :
peralatan : HAFFY KHAN BIN SARWAR KHAN (2SAW)
hubungan luar : HAIERY BIN MOHAMMAD (2SAW)
multimedia : NOORAIZEE MOHD SALIM (1SAW)
cenderahati : NUR IZZATI BT AHMAD RAMLY(2SAW)
wakil batch :
09/10 : AMINUDDIN BIN JAMERAN (1SAW)
NOOR ZALINA SYARIFUDDIN (1SAW)
08/09 :MUHAMMAD HILMI BIN MOHD FARED (2SAW)
NANG MAJDAH BT NEK ALI(2SAW)
07/08 :NURUL ATIQAH BT OMAR (3SAW)
ELLY NORISSYA BT MOHD SAID (3SAW)
06/07 :ZULKARNAIN BIN HASSAN (4SAW)
NUR ADILAH BT ZAINAL(4SAW)
10 October 2009
BUJANG MELAKA im coming
17 September 2009
blog renovation
14 September 2009
photo - mubarak arong revisit 2009
kami yg ske take pix kamoo2 sumer...
1st year ktho mantap seyh...
jom nyanyi lagu negaraku
siapakah mereka..???
ahah....anda tahu mengenai bbeliau bukan..??
penemuan bahan sejarah...
pemenang game yg adventure di arong
kepoyoan terserlah ketika di puncak..takpe dimaapkan...
12 September 2009
mubarak arong revisit 2009
31 August 2009
photo - basic camping 2009 gunung datuk
on the way nak sampai kat kaki gunong datok
time kitorang di tinggalkan oleh pakcik bas....terkapai2 kan kami...huhu
perjalanan yang amat sulit
time gotong royong bersihkan khemah
briefing daripada pakcik kat gunong tu
first impression bile sampei kat gunong datok....
care2 pemasangan dan penyimpanan khemah
setibanya di puncak gunong datok....
30 August 2009
basic camping 2009 - gunung datuk
tempat : Gunung Datok, N9
bertemu lagi kiter...
sori ah lambat sket update pasal basic camping kat gunong datok..
bukan tak nak update cepat2..saje nak biar korang sumer tertunggu2..
ye la..orang kate camping kat gunong datok ni memang beshh!!!
hehehe
seriously!!! BESTT GILERR!!!!
kitorang enjoy giler camp ari tu!!banyak giler gambo kitorang tangkap kat puncak gunong tuh!! even gambo kabor sket..tapi still puas lorhh..
sampai kan excited punya pasal..beg abang juwei (pengarah projek) terbakar pun dia tak sedo..ish3..
nampak la dia sangat fokus dalam menjaga anak2 buah nyer kat gunong datok tuh..baguh kan abang juwei neh..mantap3!!
buat pengetahuan korang yang tak tau paper pasal gunong datok nehh..
gunong datok neh..agak curam gak ah..(45 darjah tuu..cube bayang sat..)
memang cun giler wa cakap lu..
tapi yang sedeh nyerr..before kitorang sampai kat kaki gunong datok tu..
terjadi plak peristiwa sedeyy..
korang nak tau tak..(nak la..)
nak dijadi kan citer..time kitorang excited nak sampai Datok tu..bas wat gimik lak..
bole lak dia behenti kat tengah jalan lak..
ingat kan rosak..tup2..
pakcik bas tu cakap dia stop sampai takat tu jerr..
then..kitorang ni terpaksa la mengusong segala bagai beg tarik pi naek nu hah..
walaupun letih tapi semangat still mantap!!
sampai kitorang kat kaki gunong tu..
kitorang pun teros ah set up khemah..carik2 kayu api sikit..masak air,makanan dan sebagai nyer..
lepas setel je semua benda ni..kitorang bkumpol kat tengah2 tapak camping untuk menikmati briefing....
kitorang naek gunong start jam 2 pagi dan setelah bertungkus lumus menghabihkan energy (E=mc2..dasat tak??)..mengharungi segala rintangan (R=V/I..puyyoo..)..mengeluarkan segala momentum (p=mv) untuk mencapai segala velocity (v=s/t..mak aihh)..kitorang pun sampai la kat puncak gunung!!
mencabar kan ekspidisi kitorang kali ni??
dah puas menikmati breakfast di puncak gunung.....dengan perasaan sayu,kitorang pun terpaksa meninggal kan puncak tersebut..walaupun sekejap kat atas puncak tu..tapi kitorang puas hati la..
oke ah!!
banyak agi sebeno nyer nak citer neh..tapi korang sure nak tengok pic2 hebat kitorang kan??
heheh..lets roll on da pic!!
promo - mubarak arong revisit 2009
Tempat : Gunung Arong
semekomm...
hai kepada semua alumni dan budak2 UTM under MARC Club..
buat pengetahuan korang semua...gunung arong ade kat mersing..mersing lak kat joho..
jadi wat pengetahuan korang..kiite nyer camping kali ne cume dekat skitar joho jek..
takde ah jaoh mane pun..
group MARC yang diketuai oleh saudara Muhsin yakni sbagai ketua projek bagi perkhemahan kali ini..
aa..buat pengetahuan korang gak,kite da stat latihan bagi kecerdasan dan kecergasan untok basic2 untok naek gunong seprti joging dan sbagai nyerr.
penglibatan ahli2 MARC kali ini bole la dikata kan agak mmberangsangkan..
dimana..ramai pnyertaan yang ingin menyertai perkhemahan ramadhan re-visit kat arong ni ha!!
sramai 60 orang dipilih untok myertai perkhemahan di arong nehh..
kebanyakan daripada budak2 yang pergi ni terdiri daripada pelajar tahun 1, 2, 3 ,dan 4.....
setakat ni kitorang xtau lagi sape alumni yang nak join...
tapi kehadiran alumni amat digalakkan sebab dapat memeriahkan lagi suasana yang memang kompem meriah....yela kan dah kate bulan pose...bulan mulia lak tu....
tambahan lagi, base kepada kate2 encik apai....
kite akan mendirikan khemah berdekatan ngan pantai dan banyak aktiviti yang akan diadakan walaupun mase tu kite nga penat pose....
tambahan pula..kite punya manager makanan,kak diah da cakap yang kiter akan makan yang sedap2 time tu..da kate bulan pose en??..huhuhu
jadi..tunggu ape agi..kepada pelajar yang nak join arong..mai ah daftar ramai2..
kompem ade tempat punyoo!!
23 August 2009
marc updating!!
26 June 2009
::promosi??::
21 June 2009
tempahan t-shirt khas marccrewz
- siti nadiah
- zulkarnain
- eddie
- amar
- aqilah
- munie
- zeti
- nang
- mohd naqiuddin mohamad
- udeng
- wan putih
- siti hawa
- nana
- sudin
- haiery
- firdaus
- apai
- hazila
- muhammad hilmi
- sukri firdaus
- abg adik..
- adiela
- izzat
::tips berguna II [packing]::
- ubat-ubatan
letakkan ubat-ubatan di dalam satu pek yang sama supaya mudah dicari dan diletakkan di tempat yang paling mudah di capai terutamanya plaster/handyplas.
- headlamp/lampu suluh.
Headlamp/lampu suluh amat penting terutamanya jika perjalanan dilakukan di waktu malam. Pusing kedudukan bateri bagi memastikan ia sentiasa off jika tidk diperlukan dan tukar semula kekedudukan asal jika hendak digunakan kerana jika head lamp tidak sengaja dihidupkan anda tidak akan kehabisan bateri. Pastikan alat ini dilengkapi bateri semasa packing dan sediakan spare battery untuk kecemasan.
- kasut
jika anda mahu beg anda bersih, letakkan kasut yang kotor di dalam stoking yang telah digunakan dan masukkan ke dalam beg plastic.
- teknik gulung/roll technique
gulung pakaian dengan kemas dan pastikan tiada udara teperangkap sebelum dimasukkan kedalam beg kedap udara. Teknik ini dapat mengurangkan ruang yang digunakan dan anda boleh menyimpan lebih banyak barang kedalam beg. Juga dapat mengurangkan kedutan pada pakaian berbanding teknik folded/lipatan.
[JIKA ANDA MEMPUNYAI TIP-TIPS LAIN YANG BERGUNA, BOLEH KONGSIKAN DISINI. SANGAT DI ALAU-ALUKAN]
14 June 2009
::tips berguna II [packing]::
- keselamatan dokumen penting
scan passport, i.c, dan dokumen-dokumen penting yang akan di bawa dan simpan di dalam emel atau soft copy supaya jika berlaku kehilangan anda mudah mengakses semula maklumat-maklumat penting ini dan membuat laporan.
- bahagikan barangan yang berharga.
Asingkan barang-barang yang berharga di tempat atau pocket beg yang berbeza supaya dapat meminimumkan kehilangan sekiranya berlaku sebarang kecurian atau kehilangan. Ingat!
- botol kecil
gunakan botot kecil dan ringan untuk pack barangan cecair seperti toiletries example macam shampoo and etc.
- haversack tips
apabila anda packing barang dalam haversack, pastikan barang yang lebih ringan berada di bahagian bawah sementara yang berat di bahagian atas. Ini akan memudahkan pergerakan dan beg akan terasa lebih ringan as the pack rest on
- plastic bag/ seal bag
selalunya plastic bag sangat berguna untuk pack barang-barang yang kecil terutamanye toiletries. Pakaian juga harus di balut di dalam pastik bag [plastic sampah yang kecil pon boleh] supaya dapat mengelakkannya dari basah dan sebarang kebocoran. Selain itu ia juga berguna untuk pack pakaian kotor. Bawa plastic bag yang secukupnya kerana ia sangat berguna semasa camping. Seal bag/plastic kedap udara lebih baik kerana ia transparent dan lebih tebal dan mengurangkan risiko kebocoran.
- pakaian
pack pakaian dalam plastic yang transparent [seal bag adalah digalakkan] dan bahagiakanmengikut jenis pakaian. Bila nak unpack bag anda hanya perlu keluarkan beberapa beg plastic dan boleh akses barang yang anda nak cari dengan cepat. Cara ini juga memudahkan jika anda ingin packing semula barang-barang ke dalam bag. Just make sure, beg plastic tidak ditinggalkan di merata-rata terutaman nye di kawasan nature seperti hutan!.
28 May 2009
::tips berguna I [haversack] ::
Selepas selesai menentukan saiz dan model yang diperlukan untuk memenuhi kehendak anda. Pastikan anda pergi ke mana-mana kedai yang menjual alatan outdoor dan timbangkan ia. Anda perlu mengisi pemberat 9kg (20 paun) untuk menjadikan ia mantap di belakang anda.
Tali pinggang mestilah berada di pinggul anda, bukan di pinggang anda. Jika ianya terlalu rendah ia akan menganggu pergerakan kaki ketika berjalan ke hadapan. Jika ianya terlalu tinggi pula anda akan mengakibatkan beban akan tertumpu di bahagian bahu. Pelindung alas pada talipinggang seharusnya membaluti di bahagian depan tulang pinggul, tetapi tidaklah begitu tepat di hadapan.
Tempat di mana pengalas bahu bersambung dengan beg seharusnya berada di bahagian bawah bahagian tertinggi bahu anda, ianya menyediakan balutan sesuai tanpa ada ruang di antaranya. Kedudukan pengalas juga haruslah selesa tanpa menganggu pergerakan tangan anda dan tidak merasa sempit di bahagian ketiak.
Untuk pengetahuan anda beg galas ini juga dilengkapi dengan pengalas-pengalas dan juga bahagian yang boleh diubahalihkan bagi memastikan keselesaan anda ketika memakainya. Adalah bijak sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan terutamanya di dalam kelab-kelab dan pertubuhan trekking dan juga harus rajin mencari maklumat di web. sekian.
untukmaklumat lebih lanjut :
++ http://azmanzainal.com/2007/12/16/memilih-haversack-yang-terbaik/ ++