24 January 2010

Secalit Tinta Daripada Pengarah Program Kinabalu Challenge 2009 dan Penasihat Kelab MARC

24/01/02, Sabtu. Di petik daripada Laporan Program Kinabalu Challenge 2009...untuk tatapan semua MARCcrewz dan semoga program ini dapat di jalankan sekali lagi.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kebesaran-Nya program Kinabalu Challenge 2009 dapat berjalan dengan sempurna dan jayanya. Di belakang kejayaan ini berdirinya semangat dan doa dari ibu bapa, ahli keluarga, pengetua Kolej Tun Hussein Onn, penasihat program dan kawan-kawan. Tanpa mereka mungkin tugasan yang diberikan kepada saya tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Program Kinabalu Challenge 2009 ini wajar diteruskan lagi pada masa akan datang kerana pengalaman kami di sana tidak dapat dikongsikan kepada rakan- rakan dengan hanya ungkapan kata - kata. Subhanallah. Kekaguman melihat keindahan Maha Pencipta tidak dapat diluahkan dengan perasaan.

Semoga dengan usaha dan pengalaman pertama kami menjalankan salah satu program besar Kolej Tun Hussein Onn ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan maklumat berguna kepada program - program kolej yang mendatang, InsyaAllah.

~SaudaraMuhammad Zakwan Bin Mohamed Yussof~

Pengarah Program Kinabalu Challenge 2009

********************************************************************

Alhamdulillah… setinggi- tinggi syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi atas kesempatan dan peluang yang diberikan kepada warga KC 09 untuk menjalankan program ini dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada pengarah, ahli jawatankuasa serta semua peserta di atas kejayaan ini. Bertunjangkan ukhwah yang padu serta kerjasama serta usaha gigih setiap individu yang tidak kenal erti penat lelah selama 4 bulan telah membuahkan hasil yang sangat mengkagumkan. Secara ikhlas, saya sebagai penasihat kelab berasa begitu kagum melihat perancangan yang rapi serta kreativiti yang ditunjukkan dalam berganding bahu mengatasi setiap halangan terutamanya dalam mencari sumber pendapatan dalam bentuk jualan, pengendalian program, sumbangan serta penajaan bagi mencapai sasaran yang diperlukan.

Saya yakin kemahiran insaniah yang diperolehi oleh peserta sepanjang menjalankan program ini sangat berguna di masa hadapan dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan serta belia yang bermanfaat kepada nusa, bangsa dan negara.

Terima kasih diucapkan kepada Pengetua kolej, warga MAFAN, pihak HEP, pengurusan universiti, penaja-penaja serta semua pihak yang telah memberi kerjasama padu secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program ini. Diharapkan dengan kejayaan yang diperolehi sedikit sebanyak dapat menjadi sumber rujukan serta batu loncatan kepada warga kolej untuk mengendalikan program yang lebih baik pada masa akan datang.

Akhir kalam, selaku penasihat kelab, saya ingin memohon kemaafan sekiranya telah menyinggung hati mana-mana pihak secara langsung ataupun tidak sepanjang membimbing pengendalian program ini. Semua niat ikhlas kita dapat dijadikan bekalan kepada diri masing-masing untuk perjalanan hidup yang lebih jauh. Sekian.. Salam ukhwah

~Encik Mohd Izuddin Bin Md. Ithnan~

Penasihat Program Kinabalu Challenge 2009

23 January 2010

Saturday Nyte Event: MARC Recruiting

23/01/2010, Sabtu

Hye everyone! just to inform each and everyone of you, especially MARCcrewz that there will be a night for us MARC to promote and recruit new members. This is JKM KTHO programme where every Saturday night, one club or 'biro' will conduct a promotion session to make the club/biro well known by ktho resident and utm student. We are lucky number one club which has been chosen to held this event on this upcoming weekend. Hope to see you guys there!!=)




22 January 2010

Chinese New Year Event...

TRANS TITIWANGSA V1
Korbu~Gayong~Yong Belar



Pengarah Program: Muhammad Hilmi (2SAW)
Camp Commander: Muhammad Zakwan (2SAW)

sources: OGKL
INFO~
Gunung Korbu (7,162 kaki dpl), Gunung Gayong (7,129 kaki dpl) dan Gunung Yong Belar (7,156 kaki dpl) merupakan antara gunung utama yang membentuk tulang belakang banjaran Titiwangsa. Antara Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan dikategorikan sebagai "Hardcore''.

Route

Ulu Kinta - Cameron Highland
Cameron Highland - Ulu Kinta (reverse)


Antara point2 yang akan dilalui:
  • Intake Ulu Kinta
  • Pondok Wakaf
  • Kem Seroja
  • Kem Kijang
  • Bukit Botak
  • Gunung Korbu
  • Gunung Gayong
  • Kem Cerek
  • Gunung Junction
  • Puncak 6850
  • Kem h20
  • Kem Kuali
  • Gunung Yong Belar
  • Anak Gunung Yong Belar
  • Kem Tudung Periuk
  • Puncak Gurkha
  • Kem Gurkha
  • Gunung Challi
  • Gunung 3 Negeri
  • Puncak 6040'
  • Kem Topo
  • Kem TNB Dam, Blue Valley

Perjalanan kali ini mengambil masa selama 6hari. Penyertaan terbuka kepada semua marcrewz tetapi limited places. Sebanyak 26 tempat sahaja disediakan. Oleh itu, mereka yang selalu turun training sahaja yang akan dipilih.

..........................................................................................................................................................................
Training:
>> Setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat.
>> Berkumpul di wakaf pada pukul 5.45pm.
>> Start training pukul 6.00pm.

SATURDAY NIGHT EVENT

Tarikh: 30/01/10
Tempat: DSM

Apekah itu Merbau Adventure and Recreation Club (MARC)?

Well, bukan semua ahli KTHO mengenali kelab ini. Masih ada juga segelintir daripada mereka yang hidup kat bawah tempurung tuh xtaw ape itu MARC. ceiit. Sehubungan itu, JKM KTHO telah melancarkan sebuah program 'Saturday Night Event' untuk mempromosikan MARC dan juga kelab2 lain di bawah JKM KTHO. Setiap hujung minggu akan terdapat sebuah kelab yang akan mempromosikan kelab mereka. Luckily, MARC merupakan kelab pertama on the list.

Oleh itu, dijemput semua marccrewz turun padang untuk menaikkan lagi nama MARC di KTHO. :) Pelbagai aktiviti akan dijalankan pada tarih tersebut:
  • recruiting ahli2 baru
  • jualan barang2 MARC seperti tshirts program, button badge dll.
  • game+quiz berkaitan ngan MARC dan fakta2 mengenai gunung ganang.
  • mencapubkan lagi MARC nie.. :P
  • briefing program2 terbaru marc
  • and byk agy...

MT2 marccrewz telah diagihkan kepada beberapa unit untuk melancarkan lagi program tersebut:
  • AJK Recruit: Sofia, Sharifah Faeza
  • AJK Jualan: Daniel, Izzati, Nang
  • AJK Aktiviti: Aizee, Rahman, Izzah, Zack
  • AJK Publisiti: Nadiah, Boss, Amin
  • AJK Makanan: Ina, Haffy, Adiela
Feel free to help them k.. ;)

p/s: Sebarang cadangan sila post comment.. Thanx :)

16 January 2010

Log Perjalanan Kinabalu Challenge 2009

16 Januari 2009, Sabtu

Assalamualaikum pembuka kalam. walaupun program KC09 ini telah lama berlansung, namun masih belum terlambat untuk meng'update' story pasal program ini di sini. untuk tatapan pembaca-pembaca dan Marccrewz sekalian, log perjalanan ini boleh lah dibuat panduan kelak jika program ini di buat semula. log ini adalah hasil kerjasama unit publisiti KC09 dan semua peserta yang mencatat apa yang berlaku sepanjang kami di Kinabalu. Sebarang tambahan dipersilakan... harap semua mendapat manfaat daripada log ini. sekian...


KINABALU CHALLENGE ’09 LOG
(TARIKH : 28/11/09)
11.30 pm Cuaca : Baik
Peserta berkumpul di DSM. Hanya 5 sahaja peserta bergerak dr UTM Skudai. (Firdaus,Azizul,Black,Haiery dan Nazihah)
Terpaksa mengubah jadual awal,sepatutnya bas akan pergi ke KL Central tetapi terpaksa
mengubah haluan ke Bandar Tasik Selatan atas alasan yang tertentu.
03.00pm Cuaca : Baik
Peserta dari KL mula berkumpul di Bandar tasik Selatan
Peserta terakhir yg tiba Izzat dan Wan kerana masalah terlepas stesen BTS.
03.28PM Cuaca : Baik
Bas UTM tiba di BTS. Terus menuju ke KLIA.
03.45pm Cuaca : Baik
Firdaus(Camp comander) beri sedikit taklimat mengenai tentatif program untuk hari ini.
Suasana riuh rendah dalam bas menunjukkan keceriaan peserta untuk memulakan program ini.
05.00pm Cuaca : Baik
Tiba di KLIA. Peserta terus menukar baju program untuk menunjukan satu pasukan. Sembahyang.
Peserta mula check in .
06.15pm Cuaca : Baik
Makan di food court KLIA.
Harga agak berpatutan dan makanan memuaskan.
Berbual bersama sambil berbiincang mengenai perjalan program sebentar tadi.
08.15pm Cuaca : Baik
Peserta menuju ke balai perlepasan ,KLIA.
08.50pm Cuaca : Baik
Peserta mula memasuki AirBus yg menuju ke Korea.
Layanan staff MAS yg baek. Selesa,makanan dihidangkan menarik. Tempat duduk yg memuaskan.
(TARIKH : 29/11/09)
12.15am Cuaca : Baik
Tiba di KKIA. Bus dari UMS telah tiba untuk membawa peserta ke penginapan di Kolej Kediaman
Permai Indah di UMS.
12.30am Cuaca : Baik
Mengambil peserta di lapangan terbang Air Asia.(ade 3 peserta yg menaiki pesawat air asia).
01.30am Cuaca : Baik
Tiba di Kolej Permai Indah. Keadaan Kolej yg amat baik tetapi rumah peserta lelaki dan perempuan
agak jauh. Menginap di rumah teres 2 tingkat dilengkapi air-cond yg baik.
02.00am Cuaca : Baik
Peserta berehat. Ada juga peserta yg mengambil kesempatan ini untuk berjalan –jalan di sekiar
kawasan ini.
05.00am Cuaca : Baik
Sembahyang suboh.
9.20am0 Cuaca : Baik
Peserta bergerak ke Restoren Selamat Curry House untuk bersarapan pagi.
Membeli barangan2 keperluan di pasaraya Giant disana.
12.00pm Cuaca : Baik
Bas UMS tiba di kediaman untuk membawa peserta ke Kinabalu Park.
Semasa perjalan(jalan yg berbukit2)peserta singgah diPekanabalu untuk ke toilet.
01.54pm Cuaca : Baik(sejuk)
Tiba di Kinabalu park.
Peserta mendaftar nama di kaunter kinabalu Park. Berkemas. Sebahagian barang2 yang dibawa
ditinggalkan di Kinabalu Park. Kebanyakan peserta hanya membawa backpack untuk pendakian
kali ini kerana semua kemudahan telah disediakan di Laban rata nanti. Hanya membawa baju
mendaki,jaket tebal dan ubat2an. Smue kemudahan termasuk,makanan,sleeping beg telah
disediakan oleh pihak kinabalu park di Laban rata.
02.54pm Cuaca : Mendung
Penginapan di Mersilau sudah dicomfirmkan.
Peserta teruja.
Van tiba untuk membawa peserta ke Mersilau.
03.15pm Cuaca : Hujan
Singgah ke Restoran Kundangan Kundasang untuk makan tengahari. Kos untuk seorang makan
lebih kurang RM6/person.
Peserta singgah di pekan kundasang untuk membeli raincoat dan headlamp.
05.00pm Cuaca : Baik
Tiba di Sutera Harbour Resort,Mersilau.
Keadaan resort yang amat memuaskan(3 Star). Peserta ditempatkan di 4 buah rumah resort
berasngan. Satu rumah boleh memuatkan 6 orang peserta
Berehat sambil berbual.
07.00pm Cuaca : Hujan renyai
Makan beramai2. Menu utama iaitu Steambot. Layanan yang amat memuaskan.
Bergambar beramai-ramai.
10.00pm Cuaca : Baik
Berkumpul di bilik Pegawai pengiring(Apai) untuk mengadakan postmoterm untuk perjalan pada
hari itu.
Peserta mengadakan ice-breaking terutama untuk alumni yang kurang mengenali ahli2 Marc yg
baru.
12.00pm Cuaca : Baik
Istirehat.
(TARIKH : 30/11/09)
05.00am Cuaca : Baik
Peserta mula bangun untuk sembahyang suboh.
Bersiap-siap untuk pendakian yg akan diadakan . Terus pakai baju mendaki.
07.00am Cuaca : Baik
Breakfast. Pancake,hotdog,roti2,bijirin,nasi gorent etc.
Bersedia untuk pendakian.
08.20am Cuaca : Baik
Guide untuk pendakian tiba seramai 4 orang. Taklima dari guide.
Tips:-slow and steady
-Jangan terlalu pecut(laju)
-Jangan mudah panic
08.30am Cuaca: Baik
Memulakn pendakian melalui Mersilau Gate.
08.50am Cuaca : Baik
Tiba di kilometer 0.5km
Agak pancit disebakan trek yg agak mencanak diawal pendakian.
09.25am Cuaca : Baik
Tiba di kilometer 1.0km
Masih lagi bertenaga untuk meneruskan perjalanan. Cuaca semakin sejuk.
09.45am Cuaca : Mendung
Tiba di kilometer 1.5km
Peserta mula keletihan. Pemandangan yang sangat cantik.
09.55am Cuaca : Mendung
Tiba di Pondok Bambu. Peserta berhenti berehat sebentar.
10.14am Cuaca : Hujan renyai
Tiba di kilometer 2km.
Trek menurun . peserta mula memakai raincoat masing2.
10.30am Cuaca : Hujan lebat
Tiba di kilometer 2.5km
10.55am
Cuaca : Hujan lebat Tiba di kilometer 3km
11.30am Cuaca : Hujan renyai
Tiba di kilometer 3.5km
11.40am Cuaca : Hujan
Tiba di pondok Tikalod
Pegawai pengiring(En Apai) mental sedikit mungkin kerana dia terpaksa memikul berat dari
haversacknya.
12.00pm Cuaca : Baik
Tiba di kilometer 4
Peserta berehat sebentar sementara menunggu peserta yang agak ketinggalan dibelakang.
12.45pm Cuaca : Baik
Tiba di kilometer 4.5km
01.20pm Cuaca : Baik
Singgah di pondok Lompoyou.
Peserta makan tengahari disitu. Makanan dibekalkan oleh pihak Sutera Harbour Resort.
-sandwich
-ayam goreng
-popia goreng,telur rebus dan epal.
02.00pm Cuaca : Baik
Peserta meneruskan perjalanan ke Laban Rata.
02.05pm Cuaca : Baik
Tiba di kilometer 5km
Pemandangan sangat canti dengan tumbuhan bonzai dan lumut2.
03.15pm Cuaca : Baik
Tiba di kilometer 6km
04.40pm Cuaca : Baik
Berehat sebentar di Pondok Villosa. Ada peserta yg bersembahyang disini.
05.20pm Cuaca : Hujan renyai
Singgah di Pondok Paka untuk sembahyang jama ta’khir.
06.30pm Cuaca : Hujan renyai
Tiba di Laban Rata.
4 peserta tinggal di Waras Hut kerana penginapan di Laban Rata sudah
penuh.(apai,izzat,firdaus,wan)
Peserta makan malam yg disediakan di laban rata.
Menu makanan:
Lamb black paper, scrambles, Nasi putih, Meehoon,ayam , sayur dan desert.
08.00pm Cuaca : Sejuk
Peserta mandi dan berehat.
(TARIKH :01/12/09)
02.05am Cuaca : Sejuk
Peserta bangun untuk bersiap2 untuk makan supper.
Menu makanan: -scrambles, roi elur, megi goreng, nasi goreng.
02.45am Cuaca : Sejuk
Guide beri taklimat sebelum memulakan pendakian ke puncak gunung kinabalu.
Warming up
Pendakian bermula.
05.30am Cuaca : Sejuk(-4)
Team pertama MARC yang sampai ke puncak kinabalu. Keadaan di puncak yang masih gelap.
Puncak hanya boleh memuatkan lebih kurang dalam 8 orang sahaja.
05.45am Cuasa : Sejuk(-4)
Team kedua MARC berehat sebentar dihadapan Ugly Sister peak untuk menunaikan solat suboh.
06.45am Cuaca : Sejuk(-4)
Team pertama Marc turun dari Low’s Peak terus ke Laban Rata manakala Team kedua Marc naik ke Low’s Peak.
07.30am Cuaca : Sejuk
Team kedua Marc turun ke Laban Rata
08.30am Cuaca : sejuk
Team pertama Marc tiba di Laban Rata untuk sarapan.
09.30am Cuaca : Sejuk
Team kedua MARC tiba di Laban Rata. Sarapan di laban rata disediakan hanya sampai pukul 10am
sahaja.
10.30am Cuaca : Sejuk
Peserta check out dari Laban Rata.
Peserta terus bergerak turun melalui trek Timpohon gate.
02.30pm Cuaca : Hujan
Semua peserta tiba di Timpohon Gate dengan selamat. Hanya beberapa peserta yang mengalami
kekejangan otot dan masalh dengan kuku jari kaki mereka. Bersiap sedia menukar baju untuk
makan tengahari.
04.00pm Cuaca : Hujan renyai
Van membawa kami ke Kinabalu Park untuk makan tengahari disitu. Makanan yang disediakan
(buffet). Kos untuk seorang ialah RM60/person.
05.30pm Cuaca : Baik
Van mula bergerak ke Sg. Kiulu
Dijangka mengambil masa selama 2 jam sahaja.
06.30pm Cuaca : Baik
Van terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat ada tanah runuh yg menyebabkan satu line
jalan ditutup.
P/S: Pastikan tidak keluar dr Kinabalu park pada hari yang sama dengan tarikh perlepasan flight
untuk mengelakkan sebarang permasalahan tanah runtuh ini kerana hanya ada satu jalan sahaja
untuk keluar dr KP.
08.15pm Cuaca : Baik
Tiba di White water rafting,Sg. Kiulu. Peserta makan malam yang disediakan pihak sana.
Menu makanan; Nasi puih, kari ayam, sayur
09.00pm Cuaca : Baik
Peserta diberi satu tempat tidur di bawah satu pondok di tepi Sg. Kiulu. Bersiap-siap membersihkan diri dan barang. Solat.
10.00pm Cuaca : Baik
Postmoterm diadakan untuk aktiviti sepanjang program pendakian kinabalu.
(TARIKH : 02/12/2009)
05.30am Cuaca : Baik
Sembahyang suboh
Sambung tidur kembali.
08.30am Cuaca : Baik
Sarapan pagi sambil bersembang.
09.50am Cuaca : Baik
Peserta bersiap-siap untuk melakuan aktiviti waterrafting.
Simpan barang-barang beharga didalam stor. Begambar bersama di Sg. Kiulu.
10.15am Cuaca : Baik
Bergerak ke starting point menaiki van yg disediakan.
10.40am Cuaca: Baik
Tiba di point pertama. Guide memberi taklimat sebelum melakuan aktiviti ini. Sg. Kiulu merupakan
level 2 untuk aktiviti rafting ini. Jadi arusnya kurang deras dan agak tenang.
11.00am Cuaca : Baik
Aktiviti rafting dimulakan. Peserta dibahagikan kepada 3 pasukan dan setiap pasukan mempunyai
7 ahli untuk satu dinggi.
01.40pm Cuaca : Baik
Aktiviti tamat. Semua berjaya mengharungi Sg. Kiulu.
Makan tengahari.
02.20pm Cuaca : Baik
Bersiap sedia,berkemas dan mandi untuk ke bandar Kota Kinabalu.
03.00pm Cuaca : Baik
Tiba di Explorer backpackers,KK.

Labels

Abseiling (1) Archery (1) Basic Camping (8) BBQ Nite (4) farewell nyte (3) Hiking (47) Jkm (4) JKM Day (2) kursus (1) Log (24) marc (12) MARC wedding (1) MEGA (3) Merdeka. Hiking (4) Mountain (17) MT Kelab (6) picture (7) Plat (3) post morterm (2) program (11) promo (12) R4YH (4) renungan (2) Review (2) revisit (3) Senamrobik (2) t-shirt (3) tips (7) training (6) transtitiwangsa (1) V3 (1) viking (1) Wall Climbing (2)