31 August 2009

photo - basic camping 2009 gunung datuk


on the way nak sampai kat kaki gunong datok


time kitorang di tinggalkan oleh pakcik bas....terkapai2 kan kami...huhu


perjalanan yang amat sulit


time gotong royong bersihkan khemah


briefing daripada pakcik kat gunong tu


first impression bile sampei kat gunong datok....


care2 pemasangan dan penyimpanan khemah


setibanya di puncak gunong datok....

30 August 2009

basic camping 2009 - gunung datuk

tarikh : 8-9 Ogos 2009
tempat : Gunung Datok, N9

bertemu lagi kiter...
sori ah lambat sket update pasal basic camping kat gunong datok..
bukan tak nak update cepat2..saje nak biar korang sumer tertunggu2..
ye la..orang kate camping kat gunong datok ni memang beshh!!!
hehehe

seriously!!! BESTT GILERR!!!!
kitorang enjoy giler camp ari tu!!banyak giler gambo kitorang tangkap kat puncak gunong tuh!! even gambo kabor sket..tapi still puas lorhh..
sampai kan excited punya pasal..beg abang juwei (pengarah projek) terbakar pun dia tak sedo..ish3..
nampak la dia sangat fokus dalam menjaga anak2 buah nyer kat gunong datok tuh..baguh kan abang juwei neh..mantap3!!

buat pengetahuan korang yang tak tau paper pasal gunong datok nehh..
gunong datok neh..agak curam gak ah..(45 darjah tuu..cube bayang sat..)
memang cun giler wa cakap lu..
tapi yang sedeh nyerr..before kitorang sampai kat kaki gunong datok tu..
terjadi plak peristiwa sedeyy..
korang nak tau tak..(nak la..)

nak dijadi kan citer..time kitorang excited nak sampai Datok tu..bas wat gimik lak..
bole lak dia behenti kat tengah jalan lak..
ingat kan rosak..tup2..
pakcik bas tu cakap dia stop sampai takat tu jerr..
then..kitorang ni terpaksa la mengusong segala bagai beg tarik pi naek nu hah..
walaupun letih tapi semangat still mantap!!

sampai kitorang kat kaki gunong tu..
kitorang pun teros ah set up khemah..carik2 kayu api sikit..masak air,makanan dan sebagai nyer..
lepas setel je semua benda ni..kitorang bkumpol kat tengah2 tapak camping untuk menikmati briefing....

kitorang naek gunong start jam 2 pagi dan setelah bertungkus lumus menghabihkan energy (E=mc2..dasat tak??)..mengharungi segala rintangan (R=V/I..puyyoo..)..mengeluarkan segala momentum (p=mv) untuk mencapai segala velocity (v=s/t..mak aihh)..kitorang pun sampai la kat puncak gunung!!
mencabar kan ekspidisi kitorang kali ni??

dah puas menikmati breakfast di puncak gunung.....dengan perasaan sayu,kitorang pun terpaksa meninggal kan puncak tersebut..walaupun sekejap kat atas puncak tu..tapi kitorang puas hati la..
oke ah!!

banyak agi sebeno nyer nak citer neh..tapi korang sure nak tengok pic2 hebat kitorang kan??
heheh..lets roll on da pic!!

promo - mubarak arong revisit 2009

Tarikh : 4-6 Sept 2009
Tempat : Gunung Arong

semekomm...
hai kepada semua alumni dan budak2 UTM under MARC Club..
buat pengetahuan korang semua...gunung arong ade kat mersing..mersing lak kat joho..
jadi wat pengetahuan korang..kiite nyer camping kali ne cume dekat skitar joho jek..
takde ah jaoh mane pun..

group MARC yang diketuai oleh saudara Muhsin yakni sbagai ketua projek bagi perkhemahan kali ini..
aa..buat pengetahuan korang gak,kite da stat latihan bagi kecerdasan dan kecergasan untok basic2 untok naek gunong seprti joging dan sbagai nyerr.

penglibatan ahli2 MARC kali ini bole la dikata kan agak mmberangsangkan..
dimana..ramai pnyertaan yang ingin menyertai perkhemahan ramadhan re-visit kat arong ni ha!!

sramai 60 orang dipilih untok myertai perkhemahan di arong nehh..
kebanyakan daripada budak2 yang pergi ni terdiri daripada pelajar tahun 1, 2, 3 ,dan 4.....
setakat ni kitorang xtau lagi sape alumni yang nak join...
tapi kehadiran alumni amat digalakkan sebab dapat memeriahkan lagi suasana yang memang kompem meriah....yela kan dah kate bulan pose...bulan mulia lak tu....

tambahan lagi, base kepada kate2 encik apai....
kite akan mendirikan khemah berdekatan ngan pantai dan banyak aktiviti yang akan diadakan walaupun mase tu kite nga penat pose....

tambahan pula..kite punya manager makanan,kak diah da cakap yang kiter akan makan yang sedap2 time tu..da kate bulan pose en??..huhuhu

jadi..tunggu ape agi..kepada pelajar yang nak join arong..mai ah daftar ramai2..
kompem ade tempat punyoo!!


23 August 2009

marc updating!!

Salam..salam ramadhan buat semua. first sekali ingin daku memohon maap atas kelewatan mngeupdate blog ini. harap kawan2 ampunkan ek..hihi.

owrite..now aku nak cter overall je sal progress marc setakat nih!.. ada beberapa perkara yang korang kena tahu pasal marc. antaranya ialah:

1. marc telah mewujudkan tiga jenis crew dalam organisasi marc untuk memantapkan lagi kelab kita. tiga Crew yang aku maksudkan ialah Crew Teknikal dan Peralatan. Crew Hubungan Luar dan Crew Dokumentasi dan Multimedia. bende ni wujud disebabkan kami menyahut seruan pengetua baru untuk menwujudkan identiti kolej iaitu History ,Knowledge and Philosophy.

2. Jkm day dan hari promosi Marc yang telah diadakan pada awal tahun ni, nampaknya mendapat sambutan yang menggalakkan. hampir lebih seratus pelajar baru yang mendaftar, tpi macam biase lah..ahli yang betul2 berjiwa MARc hanyalah lebeh kurang 50 org pelajar baru saja. walaubagaimanapun, bilangan ni dah kire banyak lah.. ramai-ramai sangat pon kalu xde yang memberi komitmen..buat ape..kn3? hehe... kepada adik2 yang baru join Marc...chaiyo2!..meriahkan lagi kelab ini!!

3. basic camping. telah diadakan pada 8-9 ogos yang lalu. bertempat di gunung datuk. update sal program ni nanti akan di post di entry yang lain oleh budak crew aku.. just sedikit sal basic camping aritu..fasa satu terpaksa digabungkan dengan fasa dua kerana kesuntukkan masa. bas tidak dapat digunakan disebbkan konvokesyen..so..kitorg combine dua-dua fasa menjadi program basic camping di GUNUNG DATUK, REMBAU, N.SEMBILAN.

4. trans jerging. sepatutnya xpdc trans jerging ni akan diadakan after raya ni..tapi disebabkan gunung irau dalam baik pulih, so x dapat masuk..jadik kitorang akan ke GUNUNG BUJANG MELAKA!!!.. ni boleh dikatakan 60 % comfirm la..sape nk joinn...?????

5. KINABALU CHALLENGE 2009. haaaaaaaaaa..!! ni la program besow marc tuk tahun ni.. terlebih dahulu nak mohon maaf sekiranya ada yang terkilan atau terasa sebab x dapat join program ni.. bilangan peserta memang limited. kami x dapat banyak peruntukan. tapi atas kehendak pengetua yang nak sangat2 kami naik kinabalu tahun ni..jadi kitorg procced gak dengan peruntukan yang x seberapa tuh. kerana peruntukkan x banyak, jadi, berat gak la tugas kami tuk carik dana ke sana. serius! ini mmg serius! jadi kalu ada sapa2 yang bersedia and willing untuk bayar RM 1K itupun minumum, untuk join kami, sangat-sangat lah dialu-alukan...Rm 1K ni kire termasuk bayaran trek n tiket flight sekali..mmg paling murah kitorg da carik.. doakan kitorg berjaya capai target b4 traikh sebenar..sbb tanpa wang ringgit..x dapek kami nak nek flight..
kepada para ALUMNI..keterlibatan anda sangatalah digalakkan..bukan ape..alang-alang tuh..leh sponsor ringgit malaysia limaploh ke selatus ke..huhu..

6. jualan kurma. huhuuu..jualan kurma sempena bulan ramadhan..dan sempena mencari dana kinabalu.huu..so far sambutan menggalakkan...bisnes agak laku.hahakx! terima kasih diucapakn kepada supervisor kita..en.mohd ijat...yang mmg bertungkus lumus mencarik supplier dan sebagainya..haha. dan juga kepada semua peserta kinabalu yang menebalkan muka menjual kurma dari pintu ke pintu..hehe.

7. jualan kerepek. ni dalam perancangan..aku pon xtaw jadik ke tak..kalu jadik..mai tempah ramai2!!!

8. last but not least...MUBARAK ARONG REVISIT CHALLENGE (5-6 sept 2009)...haha.. ade x alumni yang nak join??? kak nana..kak fifi... epul..jom la..join!.. kite nek arong,pastu bukak pose ramai2..then terawih beramai2 di tepi laut..bukak ground! huh..mmg best lah..satu cabaran yang luar biase mendaki time pose..tpi jgn risau ye. kepada yang x pernah naik arong..gunung arong x susah sgt..sonong aje. hehehe..

ok lah..setakat ni saje update dari admin blog... nanti setiap yang diatas akan di update dengan lebih detail beserta gambar dan ilustrasi oleh crew2 dokumentasi dan multimedia.

p/s; cikitout video marc kat grup fb k...huhu

Labels

Abseiling (1) Archery (1) Basic Camping (8) BBQ Nite (4) farewell nyte (3) Hiking (47) Jkm (4) JKM Day (2) kursus (1) Log (24) marc (12) MARC wedding (1) MEGA (3) Merdeka. Hiking (4) Mountain (17) MT Kelab (6) picture (7) Plat (3) post morterm (2) program (11) promo (12) R4YH (4) renungan (2) Review (2) revisit (3) Senamrobik (2) t-shirt (3) tips (7) training (6) transtitiwangsa (1) V3 (1) viking (1) Wall Climbing (2)