owrite..now aku nak cter overall je sal progress marc setakat nih!.. ada beberapa perkara yang korang kena tahu pasal marc. antaranya ialah:
1. marc telah mewujudkan tiga jenis crew dalam organisasi marc untuk memantapkan lagi kelab kita. tiga Crew yang aku maksudkan ialah Crew Teknikal dan Peralatan. Crew Hubungan Luar dan Crew Dokumentasi dan Multimedia. bende ni wujud disebabkan kami menyahut seruan pengetua baru untuk menwujudkan identiti kolej iaitu History ,Knowledge and Philosophy.
2. Jkm day dan hari promosi Marc yang telah diadakan pada awal tahun ni, nampaknya mendapat sambutan yang menggalakkan. hampir lebih seratus pelajar baru yang mendaftar, tpi macam biase lah..ahli yang betul2 berjiwa MARc hanyalah lebeh kurang 50 org pelajar baru saja. walaubagaimanapun, bilangan ni dah kire banyak lah.. ramai-ramai sangat pon kalu xde yang memberi komitmen..buat ape..kn3? hehe... kepada adik2 yang baru join Marc...chaiyo2!..meriahkan lagi kelab ini!!
3. basic camping. telah diadakan pada 8-9 ogos yang lalu. bertempat di gunung datuk. update sal program ni nanti akan di post di entry yang lain oleh budak crew aku.. just sedikit sal basic camping aritu..fasa satu terpaksa digabungkan dengan fasa dua kerana kesuntukkan masa. bas tidak dapat digunakan disebbkan konvokesyen..so..kitorg combine dua-dua fasa menjadi program basic camping di GUNUNG DATUK, REMBAU, N.SEMBILAN.
4. trans jerging. sepatutnya xpdc trans jerging ni akan diadakan after raya ni..tapi disebabkan gunung irau dalam baik pulih, so x dapat masuk..jadik kitorang akan ke GUNUNG BUJANG MELAKA!!!.. ni boleh dikatakan 60 % comfirm la..sape nk joinn...?????
5. KINABALU CHALLENGE 2009. haaaaaaaaaa..!! ni la program besow marc tuk tahun ni.. terlebih dahulu nak mohon maaf sekiranya ada yang terkilan atau terasa sebab x dapat join program ni.. bilangan peserta memang limited. kami x dapat banyak peruntukan. tapi atas kehendak pengetua yang nak sangat2 kami naik kinabalu tahun ni..jadi kitorg procced gak dengan peruntukan yang x seberapa tuh. kerana peruntukkan x banyak, jadi, berat gak la tugas kami tuk carik dana ke sana. serius! ini mmg serius! jadi kalu ada sapa2 yang bersedia and willing untuk bayar RM 1K itupun minumum, untuk join kami, sangat-sangat lah dialu-alukan...Rm 1K ni kire termasuk bayaran trek n tiket flight sekali..mmg paling murah kitorg da carik.. doakan kitorg berjaya capai target b4 traikh sebenar..sbb tanpa wang ringgit..x dapek kami nak nek flight..
kepada para ALUMNI..keterlibatan anda sangatalah digalakkan..bukan ape..alang-alang tuh..leh sponsor ringgit malaysia limaploh ke selatus ke..huhu..
6. jualan kurma. huhuuu..jualan kurma sempena bulan ramadhan..dan sempena mencari dana kinabalu.huu..so far sambutan menggalakkan...bisnes agak laku.hahakx! terima kasih diucapakn kepada supervisor kita..en.mohd ijat...yang mmg bertungkus lumus mencarik supplier dan sebagainya..haha. dan juga kepada semua peserta kinabalu yang menebalkan muka menjual kurma dari pintu ke pintu..hehe.
7. jualan kerepek. ni dalam perancangan..aku pon xtaw jadik ke tak..kalu jadik..mai tempah ramai2!!!
8. last but not least...MUBARAK ARONG REVISIT CHALLENGE (5-6 sept 2009)...haha.. ade x alumni yang nak join??? kak nana..kak fifi... epul..jom la..join!.. kite nek arong,pastu bukak pose ramai2..then terawih beramai2 di tepi laut..bukak ground! huh..mmg best lah..satu cabaran yang luar biase mendaki time pose..tpi jgn risau ye. kepada yang x pernah naik arong..gunung arong x susah sgt..sonong aje. hehehe..
ok lah..setakat ni saje update dari admin blog... nanti setiap yang diatas akan di update dengan lebih detail beserta gambar dan ilustrasi oleh crew2 dokumentasi dan multimedia.
p/s; cikitout video marc kat grup fb k...huhu
1 feed back(s):
bpk,panjang nyer dya tulis nie..hua3.. terbaik!
Post a Comment