Proses gerak kerja bagi menjayakan Ekspedisi Gunung Angsi 09 bermula seawal bulan Februari lagi. Hal ini berikutan tarikh asal program ialah pada 14 & 15 Mac 2009 tetapi oleh kerana program ini bertindih dengan karnival sukan, maka program ini ditunda ke tarikh 21& 22 Mac 2009.Kelulusan dari pihak kolej dan dan HEP didapati dengan mudah memandangkan program ini memberi manfaat kepada para pelajar selain memakan bajet yang berpatutan. Meskipun pengarah dan MT program semuanya merupakan pelajar tahun satu, namun perjalanan gerak kerja berjalan lancar dengan adanya tunjuk ajar dari senior dan felo penasihat.
Unit makanan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan memandangkan barang makanan dan resepi dapat di edarkan kepada setiap kumpulan sehari sebelum program.
Unit pengangkutan pada mulanya menghadapi masalah memandangkan unit tersebut memohon untuk mendapatkan bas dari pihak Harta Bina. Sepatutnya mereka perlu memohon mendapatkan bas dari HEP. Diharap hal ini di ambil sebagai pengajaran oleh unit pengangkutan bagi program lain.
Kami menghadapi masalah mendapatkan baju program tepat pada masanya. Hal ini mungkin terjadi kerana bilangan peserta yang terlalu ramai iaitu 2 kali ganda dari biasa.
Unit publisiti juga menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Peserta berganding bahu menyiapkan banner program seterusnya siap pada 19 Mac dan digantung dikawasan kolej.
20 Mac 2009
[sekitar dewan sri merbau]
Kami diarahkan untuk berkumpul di Dewan Seri Merbau (DSM) pada jam 7.00 malam. Sewaktu ini persiapan terakhir diadakan. Unit pengangkutan memastikan semua peserta sudah berada di DSM bagi mengelakkan kelewatan semasa menaiki bas yang dijangka akan tiba pada pukul 8 malam. Semua peserta sudah bersedia dengan barang masing-masing dan kelihatan tidak sabar mahu memulakan ekspedisi ini. Kami semua bergambar sebelum bertolak. Bas sampai tepat pada pukul 8.30 malam dan selepas semua peserta menaiki bas dan pengarah program mengira bilangan peserta, kami pun memulakan perjalanan pada pukul 9.00 malam.
[wajah-wajah junior MARC]
Keseluruhan jumlah peserta Ekspedisi Gunung Angsi 09 yang mengikuti program ialah 58 orang. Kami telah diiringi oleh seorang pembantu felo merangkap penasihat Merbau Adventure Recreation Club (MARC) yang sering dan setia mengiringi ekspedisi kelab MARC iaitu En. Mohd Izzudin B. Md Ithnan.
[en.apai,senior-senior MARC yang baru je grad, en.ijat]
21 Mac 2009
Kami tiba di kawasan rekreasi hutan simpan Ulu Bendul pada pukul 1.00 pagi. Setelah selesai memunggah barang dari bas, kami terpaksa berjalan kaki ke tapak perkhemahan kerana kawasan tersebut tidak boleh dilalui oleh bas. Tanpa berlengah lagi kami terus memasang khemah dan ‘fly’ kerana kami perlu terus berehat bagi mengisi tenaga untuk mendaki pada esok hari. Terdapat beberapa kumpulan yang terpaksa berjaga bergilir - gilir untuk menjaga keadaan persekitaran di situ.
Keesokan harinya kami bersama – sama menunaikan solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh senior kami, setelah selesai solat kami menyediakan sarapan mengikut kumpulan masing – masing.
[antara kumpulan yang sibuk melantak..hehe]
Kami teruskan aktiviti kami dengan sedikit regangan dan panas badan sebelum mendaki, felo kami memberikan sedikit nasihat kepada semua peserta sebelum memulakan pendakian. 2 orang dari 4 orang jurupandu yang telah diupah oleh kami memulakan tugas mereka mendahului pendakian dan yang selebihnya bertindak menjaga kawasan tapak perkhemahan kami dari sebarang perkara yang tidak diingini.
[sebelum memulakan perjalanan menuju puncak ANGSI]
Tepat jam pukul 9.00 pagi kami bertolak mendaki Gunung Angsi. Sebahagian dari pada peserta membawa ‘haversack’ bagi memudahkan barang makanan dan minuman dibawa naik ke puncak. Setelah lebih kurang 45 minit pendakian, sebahagian daripada kami teringat bahawa telah terlupa untuk membawa kain rentang program. 2 dari peserta terpaksa turun dan mengambilnya dan yang lain terpaksa meneruskan pendakian. Tidak lama selepas itu kami sampai ke sumber air yang pertama di atas gunung tersebut. Kami rehat untuk 20 minit sebelum mendaki semula dan ketika hendak memulakan pendakian pada masa itulah 2 orang yang mengambil kain rentang sampai ke tempat kami berehat.
[sekitar permandangan Ulu Bendul,Kuala Pilah]
[sempat berposing sambil berehat dlm menuju puncak..haha]
[antara aksi peserta wanita..]
Pendakian seterusnya lebih mencabar kerana treknya lebih curam dan licin. Kami saling tolong – menolong antara satu sama lain untuk menjadikan perjalanan lebih lancar. Selepas 3 jam mendaki akhirnya kami sampai ke puncak Gunung Angsi.
[trek bukit..kena panjat gune tali...ala-ala wall climbing..sape yang gayat..nasebla..huu]
Semua penat lelah kami lepaskan di atas puncak. Kami mengambil gambar bersama – sama dengan kain rentang yang telah dibawa dan menyediakan bahan makanan untuk makan tengah hari disitu. Agak sejam kami berada disitu sudah sampai masanya kami melambaikan tangan kepada ciptaan tuhan yang maha kuasa.
[permandangan di Puncak Gunung Angsi]
Lebih kurang pukul 3.00 petang kami turun dari puncak.
Berbagai jenis dugaan yang kami tempuhi semasa menuruni gunung. Sebahagian dari kami ada yang tersesat ke kawasan tapak perkhemahan yang lain. Ini semua gara – gara terputus dari barisan semasa menuruni gunung. Setelah kebanyakan dari peserta sampai ke kawasan perkhemahan. Kami mengenalpasti bahawa masih ada peserta yang belum sampai. Kami terpaksa mengarahkan jurupandu kami pergi mencari peserta yang masih tertinggal. Alhamdulillah peserta yang tertinggal itu bersama felo kami selamat sampai ke kawasan kami berkumpul.
Selepas menunaikan solat jama’ maghrib dan isya’, kami memulakan aktiviti kami yang seterusnya iaitu membuat barbeque. Kami membahagikan tugas sesama sendiri untuk melancarkan aktiviti. Kami bergembira menikmati hidangan yang agak menyelerakan. Selesai menikmati juadah istimewa kami berkumpul beramai – ramai untuk sesi post mortem. Dalam aktiviti ini kami berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan kami disamping mengenali antara satu sama lain. Pada malam kami tidur nyenyak dan dijaga oleh beberapa kumpulan yang berikutnya untuk berjaga pada malam itu.
22 Mac 2009
Keesokan harinya kami bangun awal pagi, bersarapan dan dibenarkan menjalankan aktiviti persendirian di sekeliling kawasan rekreasi hutan simpan Ulu Bendul. Kebanyakan peserta mandi di sungai yang berhampiran dengan kawasan perkhemahan itu. Pada pukul 11.00 pagi kami dikehendaki bergotong – royong membersihkan kawasan perkhemahan dan mengemaskan barang masing – masing kerana kami akan bertolak pulang ke UTM pada pukul 12.30 tengah hari. Selesai sudah berkemas, kami menunggu kedatangan bas untuk membawa kami pulang. Tepat pukul 12.30 tengah hari bas sampai. Kami pun bertolak pulang ke UTM.
+kredit untuk setiausaha xpdc G.Angsi atas ringkasan story program ni..+
1 feed back(s):
perghh...rmi siot..cam rombongn meminang lak..kehkehkeh...neway, congratz to all coz dpt twan 1 lg gng kt msia ni..
Post a Comment