22 February 2010

TRANS TITIWANGSA V1 2010

Merbauan Adventure and Recreation Club (MARC) telah mengadakan Trans Titiwangsa V1 pada 12 - 18 Februari 2010 dengan diterajui oleh 2 orang guider yang berpengalaman yakni En. Arman dan En. wan Botak. Selama 8 hari tanpa berita akhirnya ahli-ahli MARC pulang dengan kejayaan yang amat diharap-harapkan. Dengan bantuan orang yang berpengalaman alhamdulillah kejayaan dapat dicapai kesekian kalinya.

Selaku pengarah program Trans Titiwangsa V1 ini, helmi, kem komanden yang telah dilantik, zack, pengerusi MARC, hazwan,penasihat, en. apai telah bertungkus lumus dalam merancang dan mengatur jadual program ini sebaik-baiknya dengan dibantu oleh ajk2 dan ahli2 MARC yang lain yang sering memberikan sokongan dan dorongan kepada pengarah progrem bagi dapat menjayakan dengan jayanya aktiviti yang besar ini.

di samping itu, kami juga telah mengadakan latihan -latihan yang menguji mental dan fizikal seperti berjogging 2 bulan sebelum ekspedisi ini, nightwalk ke balai cerap di dalam UTM, hiking di gunung lambak, serta banyak lagi aktiviti yang dijalankan untuk melatih insaniah supaya lebih fit untuk mendaki titiwangsa. Trans Titiwangsa yang mempunyai keindahan yang tersendiri disertai oleh 16 peserta lelaki dan 11 peserta perempuan yang sudah diketahui kehebatannya dan yang telah terpilih berdasarkan komitmen dan kecergasan diri masing selama tempoh latihan yang amatlah hardcore.

report dan data - data terperinci sepanjang program Trans Titiwangsa ini berlangsung akan diupdate lagi selepas ini.

TRANS TITIWANGSA V1, selain dapat nikmat berada dipuncak sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan, warga MARC juga dapat kesan yang mendalam terutamanya dari segi semangat yakin diri dan setiakawan dalam segala hal selain dapat membantu antara satu sama lain. Warga MARC juga dilatih untuk sentiasa mematuhi segala arahan daripada pengarah program dan kem komanden sepanjang program. dan banyak ilmu serta kenangan dapat dikumpul bersama.

21 February 2010

TAHNIAH

Alhamdulillah
Program TRANS TITIWANGSA V1 telah berjalan dengan lancarnya. Tahniah kepada Pengarah Program, Helmi, ajk2 yang terlibat, guide2 (Arman & Botak) dan juga para peserta yang menyertai program kali ini.

p/s: pics, report, etc will be update asap.. thanx..

03 February 2010

Trans Titiwangsa V1 review Part 1.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

MARC akan mengadakan Trans Titiwangsa V1 pada 12-18 Februari 2010.
Pendaftaran telah pun ditutup setelah bermulanya sesi latihan fizikal kami sejak 5 Januari yang lalu. Kepelbagaian bentuk muka bumi di UTM telah kami lalui untuk mendapatkan fitness yang sebaiknya.
 
 
 
 
  
 
Ini juga termasuk dengan latihan nightwalk bersama haversack ke balai cerap pada 29 Januari 2010 yang lalu.
Kini hanya tinggal 5 sesi latihan sahaja yang perlu kami usaha habis-habisan sebagai persedian menghadapi Trans Titiwangsa pada kali ini. Para peserta diingatkan agar sentiasa mematuhi jadual latihan demi persediaan kita bersama. Doakan kami berjaya!. Insyaallah.

*gambar-gambar lain boleh dirujuk di link ini http://www.facebook.com/photo_search.php?oid=257803726252&view=user

oleh Mr. Juwei
Pengerusi MARC 09/10

Labels

Abseiling (1) Archery (1) Basic Camping (8) BBQ Nite (4) farewell nyte (3) Hiking (47) Jkm (4) JKM Day (2) kursus (1) Log (24) marc (12) MARC wedding (1) MEGA (3) Merdeka. Hiking (4) Mountain (17) MT Kelab (6) picture (7) Plat (3) post morterm (2) program (11) promo (12) R4YH (4) renungan (2) Review (2) revisit (3) Senamrobik (2) t-shirt (3) tips (7) training (6) transtitiwangsa (1) V3 (1) viking (1) Wall Climbing (2)