28 May 2009

::tips berguna I [haversack] ::

Pasti ramai junior-junior MARC mahupun senior yang belum lagi memiliki haversack tertanya-tanya tentang pemilihan haversack yang baik. jadi disini ada sedikit tips yang saya dapat dari web yang boleh di kongsikan bersama.

HAVERSACK mestilah sesuai dengan bahagian belakang manusia yang dikenali sebagai ‘Torso’. Cara-cara menentukan ukuran torso ialah kamu perlulah berdiri tegak dan kaki haruslah dibuka selaras dengan luas bahu. Minta rakan anda mengukur menggunakan tap ukur bermula dari vertebra ke tujuh (tulang yang berada di bahagian bawah sekali di bahagian tengkuk biasanya terbonjol). Dari situ ukur hingga ke bawah mengikut kontur tulang belakang. Untuk mencari titik akhir kamu perlulah meletakkan kedua belah tangan kamu di bahagian pinggul dengan ibu jari menghala satu sama lain. Garisan di antara ibu jari tadilah yang akan menandakan penghujung torso anda.

Amnya jika ukuran torso anda di bawah 46 cm (18 inci), anda adalah bersaiz kecil. 46 - 51cm (18-20 inci) adalah sederhana dan sekiranya lebih 51cm (20 inci) adalah besar,

Selepas selesai menentukan saiz dan model yang diperlukan untuk memenuhi kehendak anda. Pastikan anda pergi ke mana-mana kedai yang menjual alatan outdoor dan timbangkan ia. Anda perlu mengisi pemberat 9kg (20 paun) untuk menjadikan ia mantap di belakang anda.

Tali pinggang mestilah berada di pinggul anda, bukan di pinggang anda. Jika ianya terlalu rendah ia akan menganggu pergerakan kaki ketika berjalan ke hadapan. Jika ianya terlalu tinggi pula anda akan mengakibatkan beban akan tertumpu di bahagian bahu. Pelindung alas pada talipinggang seharusnya membaluti di bahagian depan tulang pinggul, tetapi tidaklah begitu tepat di hadapan.

Tempat di mana pengalas bahu bersambung dengan beg seharusnya berada di bahagian bawah bahagian tertinggi bahu anda, ianya menyediakan balutan sesuai tanpa ada ruang di antaranya. Kedudukan pengalas juga haruslah selesa tanpa menganggu pergerakan tangan anda dan tidak merasa sempit di bahagian ketiak.

Untuk pengetahuan anda beg galas ini juga dilengkapi dengan pengalas-pengalas dan juga bahagian yang boleh diubahalihkan bagi memastikan keselesaan anda ketika memakainya. Adalah bijak sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan terutamanya di dalam kelab-kelab dan pertubuhan trekking dan juga harus rajin mencari maklumat di web. sekian.

untukmaklumat lebih lanjut :

++ http://azmanzainal.com/2007/12/16/memilih-haversack-yang-terbaik/ ++


bbq-nyte [farewell to senior marc]

2, 3 kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
2, 3 boleh ku cari,
mana nak sama dengan korang...

salam perpaduan. malam 11 april 2009, MARC mengadakan sebuah majlis makan malam BBQ sempena majlis perpisahan untuk senior-senior MARC. Untuk pengetahuan anda, Marc sangat bertuah kerana mempunyai senior-senior yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti dan program-program yang dijalankan oleh kelab. walaupun sibuk dengan final project dan sebagainya, mereka turut turun padang bagi mengikuti perkembangan semasa MARC. kebanyakkan mereka telah menyertai kelab sejak tahun satu dan telah banyak pengalaman dalam mendaki gunung. Marc sangat merasa kehilangan. Tiada lagi suara-suara yang akan bernyanyi semasa naik gunung. tiada lagi gelak ketawa kak nana dan epul. huhu.

[antara senior marc yang hadir dalam majlis bbq, dan telah pon meninggalkan UTM..]

[syuk dan auk]

[kak mira dan el]

[kak nana dan nuzul]

[amar (mantan pengerusi kelab)]

[ezam]

[kak ros dan khalid]

hopefully senior-senior yang dah grad ni tetap menyokong MARC k..wishing you all the best..=)

antara foto semasa BBq nyte ada dibawah ni. terima kasih kepada pengarah BBQ nyte dan AJK nyer..tahniah!
sidikit selingan ketika aksi membakar dan memasak

makanan malam tu..huu..lapar x?

antara aktiviti yang dijalankan..main belon air..huhu..and musical chair..walaupun mainannye macam budak-budak, namun bila orang tua yang main..lagi hovoc dan kecoh. haha. BBQ nyte BEST!!!


kayak [14 mac 2009]

Salam perpaduan. program kayak kali ni diadakan di tasik UTM berdekatan dengan pintu gerbang utm. jumlah peserta amat menggalakkan. program bermula seawal jam 9 pagi. Kami memulakan sedikit regangan dan mendengar taklimat daripada jurulatih yang terdiri daripada pasukan kayak utm sendiri. pelbagai maklumat berguna diperolehi. selesai taklimat. kami diajar mengunakan safety jacket.




Peserta perempuan diarahkan terlebih dahulu untuk menjalani ujian water confident. Suasana agak kecoh kerana ada dikalangan kami yang tak reti lansung berenang. [termasuk saya..hehe] walaubagaimanapun, demi untuk menjayakan program,semua peserta masuk juga kedalam tasik utm yang bersih dan wangi itu.
Selepas itu, giliran peserta lelaki pula.

Program kali ini bukan setakat belajar berkayak,tetapi kami juga mngadakan pertandingan untuk menjadikan program bertambah menarik. semua peserta di bahagikan kepada 4 kumpulan dan perlumbaan dimulakan.Pelbagai aksi-aksi menarik berjaya dirakamkan.

memulakan pertandingan

peserta lain menunggu giliran


wajah ketat pengarah program.haha

Secara keseluruhan, program berjalan dengan lancar, tiada kecederaan berlaku. Semoga aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi.

27 May 2009

peringatan sahaja

salam perpaduan..

Ada sedikit infomasi disini. Untuk sesiapa yang akan jadi pengarah program untuk program-program next sem, sila ambil perhatian:

1. muka depan kertas kerja sudah ada format baru due to rebranding UTM yang baru-baru ni. kalau korg perasan, semua banner atau ape saje jenis penerbitan sudah jadi stereotaip je sebab semua follow format HEP..bukan kolej kita je..tapi satu UTM..huhu

2.jangan ada lagi salah eje nama Felo Penasihat kite tu..kesian die..cara betul nak eja name cik apai ialah En. Mohd Izuddin b. Md. Ithnan.

sekian ++

xpdc gunung angsi [postmortem]

Secara keseluruhanya, program kali ini berjaya. Tiada peserta yang cedera teruk Cuma sekadar beberapa peserta mengalami kekejangan dan sebagainya. Tetapi perkara ini berjaya diatasi dengan bantuan ubat-ubatan yang dibawa.

Beberapa kekurangan telah dikesan sepanjang program dan diharap perkara berikut dapat diambil perhatian oleh pengarah program yang akan datang. Antara perkara berikut ialah:

  1. Kepentingan parang. Pastikan sekurang-kurangnya setiap kumpulan memiliki sebilah parang untuk kegunaan semasa didalam hutan.
  1. Komitmen peserta sebelum program untuk turun latihan adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah kurang stamina semasa dalam ekspedisi. Sekurang-kurangnya dua minggu sbelum program haruslah menjalani latihan setiap petang.
  1. Bilangan peserta harus dihadkan supaya program berjalan dengan lancar. Beri keutamaan kepada peserta yang memberi komitmen untuk menjalani latihan.
  1. Pemilihan AJK haruslah tepat. Pastikan semua AJK pelaksana program wajib mengikuti program bagi memudahkan perjalanan program.
  1. Program seperti ini harus mempunyai seorang kem komandan yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan program berjalan mengikut tetatif. Kem komandan haruslah orang selain pengarah program.
  1. Mind set santai harus ditolak bagi mengelakkan sikap sambil lewa peserta.
  1. Kebanyakan peserta kali ini tidak membawa barang-barang yang penting seperti sleeping bag, botol air dan sebagainya kerana berfikiran program kali ini santai.
  1. Masalah baju program yang lewat disebabkan tempahan yang banyak. Pembekal gagal menyiapkan baju dalam masa yang ditetapkan. Pastikan program akan datang, tempahan baju dibuat lebih awal dan menggunakan pembekal yang lebih bertanggungjawap.
  1. Kenderaan selain bas seperti van dan pajero universiti boleh didapati di pejabat hel ehwal pelajar dan bukannya di harta bina.
[untuk perhatian semua ahli MARC..]

xpdc gunung angsi [21 - 22 MAC 2009]

Proses gerak kerja bagi menjayakan Ekspedisi Gunung Angsi 09 bermula seawal bulan Februari lagi. Hal ini berikutan tarikh asal program ialah pada 14 & 15 Mac 2009 tetapi oleh kerana program ini bertindih dengan karnival sukan, maka program ini ditunda ke tarikh 21& 22 Mac 2009.Kelulusan dari pihak kolej dan dan HEP didapati dengan mudah memandangkan program ini memberi manfaat kepada para pelajar selain memakan bajet yang berpatutan. Meskipun pengarah dan MT program semuanya merupakan pelajar tahun satu, namun perjalanan gerak kerja berjalan lancar dengan adanya tunjuk ajar dari senior dan felo penasihat.

Unit makanan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan memandangkan barang makanan dan resepi dapat di edarkan kepada setiap kumpulan sehari sebelum program.

Unit pengangkutan pada mulanya menghadapi masalah memandangkan unit tersebut memohon untuk mendapatkan bas dari pihak Harta Bina. Sepatutnya mereka perlu memohon mendapatkan bas dari HEP. Diharap hal ini di ambil sebagai pengajaran oleh unit pengangkutan bagi program lain.

Kami menghadapi masalah mendapatkan baju program tepat pada masanya. Hal ini mungkin terjadi kerana bilangan peserta yang terlalu ramai iaitu 2 kali ganda dari biasa.

Unit publisiti juga menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Peserta berganding bahu menyiapkan banner program seterusnya siap pada 19 Mac dan digantung dikawasan kolej.
20 Mac 2009
[sekitar dewan sri merbau]
Kami diarahkan untuk berkumpul di Dewan Seri Merbau (DSM) pada jam 7.00 malam. Sewaktu ini persiapan terakhir diadakan. Unit pengangkutan memastikan semua peserta sudah berada di DSM bagi mengelakkan kelewatan semasa menaiki bas yang dijangka akan tiba pada pukul 8 malam. Semua peserta sudah bersedia dengan barang masing-masing dan kelihatan tidak sabar mahu memulakan ekspedisi ini. Kami semua bergambar sebelum bertolak. Bas sampai tepat pada pukul 8.30 malam dan selepas semua peserta menaiki bas dan pengarah program mengira bilangan peserta, kami pun memulakan perjalanan pada pukul 9.00 malam.
[wajah-wajah junior MARC]
Keseluruhan jumlah peserta Ekspedisi Gunung Angsi 09 yang mengikuti program ialah 58 orang. Kami telah diiringi oleh seorang pembantu felo merangkap penasihat Merbau Adventure Recreation Club (MARC) yang sering dan setia mengiringi ekspedisi kelab MARC iaitu En. Mohd Izzudin B. Md Ithnan.
[en.apai,senior-senior MARC yang baru je grad, en.ijat]
21 Mac 2009
Kami tiba di kawasan rekreasi hutan simpan Ulu Bendul pada pukul 1.00 pagi. Setelah selesai memunggah barang dari bas, kami terpaksa berjalan kaki ke tapak perkhemahan kerana kawasan tersebut tidak boleh dilalui oleh bas. Tanpa berlengah lagi kami terus memasang khemah dan ‘fly’ kerana kami perlu terus berehat bagi mengisi tenaga untuk mendaki pada esok hari. Terdapat beberapa kumpulan yang terpaksa berjaga bergilir - gilir untuk menjaga keadaan persekitaran di situ.
Keesokan harinya kami bersama – sama menunaikan solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh senior kami, setelah selesai solat kami menyediakan sarapan mengikut kumpulan masing – masing.
[antara kumpulan yang sibuk melantak..hehe]
Kami teruskan aktiviti kami dengan sedikit regangan dan panas badan sebelum mendaki, felo kami memberikan sedikit nasihat kepada semua peserta sebelum memulakan pendakian. 2 orang dari 4 orang jurupandu yang telah diupah oleh kami memulakan tugas mereka mendahului pendakian dan yang selebihnya bertindak menjaga kawasan tapak perkhemahan kami dari sebarang perkara yang tidak diingini.
[sebelum memulakan perjalanan menuju puncak ANGSI]
Tepat jam pukul 9.00 pagi kami bertolak mendaki Gunung Angsi. Sebahagian dari pada peserta membawa ‘haversack’ bagi memudahkan barang makanan dan minuman dibawa naik ke puncak. Setelah lebih kurang 45 minit pendakian, sebahagian daripada kami teringat bahawa telah terlupa untuk membawa kain rentang program. 2 dari peserta terpaksa turun dan mengambilnya dan yang lain terpaksa meneruskan pendakian. Tidak lama selepas itu kami sampai ke sumber air yang pertama di atas gunung tersebut. Kami rehat untuk 20 minit sebelum mendaki semula dan ketika hendak memulakan pendakian pada masa itulah 2 orang yang mengambil kain rentang sampai ke tempat kami berehat.
[sekitar permandangan Ulu Bendul,Kuala Pilah]
[sempat berposing sambil berehat dlm menuju puncak..haha]
[antara aksi peserta wanita..]
Pendakian seterusnya lebih mencabar kerana treknya lebih curam dan licin. Kami saling tolong – menolong antara satu sama lain untuk menjadikan perjalanan lebih lancar. Selepas 3 jam mendaki akhirnya kami sampai ke puncak Gunung Angsi.
[trek bukit..kena panjat gune tali...ala-ala wall climbing..sape yang gayat..nasebla..huu]
Semua penat lelah kami lepaskan di atas puncak. Kami mengambil gambar bersama – sama dengan kain rentang yang telah dibawa dan menyediakan bahan makanan untuk makan tengah hari disitu. Agak sejam kami berada disitu sudah sampai masanya kami melambaikan tangan kepada ciptaan tuhan yang maha kuasa.
[permandangan di Puncak Gunung Angsi]
[makan tengahari diatas puncak]
[Mohd Firdaus (pengerusi kelab), Mohd Izzat (naib pengerusi), GUIDE, Mohd Hasif (pengarah program)]
Lebih kurang pukul 3.00 petang kami turun dari puncak.
Berbagai jenis dugaan yang kami tempuhi semasa menuruni gunung. Sebahagian dari kami ada yang tersesat ke kawasan tapak perkhemahan yang lain. Ini semua gara – gara terputus dari barisan semasa menuruni gunung. Setelah kebanyakan dari peserta sampai ke kawasan perkhemahan. Kami mengenalpasti bahawa masih ada peserta yang belum sampai. Kami terpaksa mengarahkan jurupandu kami pergi mencari peserta yang masih tertinggal. Alhamdulillah peserta yang tertinggal itu bersama felo kami selamat sampai ke kawasan kami berkumpul.
Selepas menunaikan solat jama’ maghrib dan isya’, kami memulakan aktiviti kami yang seterusnya iaitu membuat barbeque. Kami membahagikan tugas sesama sendiri untuk melancarkan aktiviti. Kami bergembira menikmati hidangan yang agak menyelerakan. Selesai menikmati juadah istimewa kami berkumpul beramai – ramai untuk sesi post mortem. Dalam aktiviti ini kami berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan kami disamping mengenali antara satu sama lain. Pada malam kami tidur nyenyak dan dijaga oleh beberapa kumpulan yang berikutnya untuk berjaga pada malam itu.
22 Mac 2009
Keesokan harinya kami bangun awal pagi, bersarapan dan dibenarkan menjalankan aktiviti persendirian di sekeliling kawasan rekreasi hutan simpan Ulu Bendul. Kebanyakan peserta mandi di sungai yang berhampiran dengan kawasan perkhemahan itu. Pada pukul 11.00 pagi kami dikehendaki bergotong – royong membersihkan kawasan perkhemahan dan mengemaskan barang masing – masing kerana kami akan bertolak pulang ke UTM pada pukul 12.30 tengah hari. Selesai sudah berkemas, kami menunggu kedatangan bas untuk membawa kami pulang. Tepat pukul 12.30 tengah hari bas sampai. Kami pun bertolak pulang ke UTM.
+kredit untuk setiausaha xpdc G.Angsi atas ringkasan story program ni..+

26 May 2009

t-shirt edisi khas marcrews



salam perpaduan..

hye semua..jika dulu anda terpaksa ke blog sye untuk melihat design baju ini, sekarang tidak lagi! [macam iklan lagik!adoi] Dalam usaha mempromosikannya, saya akan menerangkan sekali lagi ape motif t-shirt ini dibuat.

TUJUAN
Mempromosikan kelab MARC kepada masyarakat luar.
Menunjukkan bahawa MARCrews tidak kira yang dulu,kini atau selamanya sentiasa menyokong MARC.

*ini merupakan percubaan pertama Marc untuk mengeluarkan product MARC..selain ada juga cadangan nak buat keychain khas MARC dan sebagainya.

KEISTIMEWAAN
Buat julung kalinya, MARC ada baju khas yang bukan baju gunung atau baju program.
Hanya ahli MARC saja yang boleh memiliknya. Kalu orang tu KTHO tapi bukan MARC pon x boleh. [huhu]

TENTANG BAJU
*jenis kain Quick-Dry [macam t-shirt gunung]
*warna hitam

*tempahan dibuka sehingga 27 JUN 2009.sila taip nama,nama semaran,saiz baju dan no.tel dengan warna pink. contoh: siti nadiah,dya,saiz xs,0177552093
[depan & belakang]

BLOG MARCREWZ: NEW FACE, NEW ERA

Slm perpaduan..

Macam gempak saja kan tajuknya. haha. untuk pengetuahuan semua, blog ini stil under constuction, disebabkan proses mengupdate blog ni memerlukan masa. Jadi harap korang semua bersabar. Bagi memaksimakan lagi blog ni, saya menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk jadi third author bagi blog ini, jadi jika saya tidak dapat update blog dengan segera so kamu ni lah yang boleh mngupdatenyer dengan post2 menarik. Jadi author ni tak susah, cuma perlu taip dan send. hehe. =) Tapi anda perlu ada account dulu dalam bloggers, kalu xde, boleh sign up. senang aje. =) Jadi, kalu ade yang berminat dan ikhlas tanpa paksaan, sila hubungi saye.

Okeyh! now second thing, jika anda marcrews, respond anda amatlah diperlukan terhadap post2 dalam blog ni. Jadi rajin-rajin lah beri komen dan melawat blog ni. Jika ada sebarang aduan, cadangan and so on, juz taip and post ok.=) Sekian.

Labels

Abseiling (1) Archery (1) Basic Camping (8) BBQ Nite (4) farewell nyte (3) Hiking (47) Jkm (4) JKM Day (2) kursus (1) Log (24) marc (12) MARC wedding (1) MEGA (3) Merdeka. Hiking (4) Mountain (17) MT Kelab (6) picture (7) Plat (3) post morterm (2) program (11) promo (12) R4YH (4) renungan (2) Review (2) revisit (3) Senamrobik (2) t-shirt (3) tips (7) training (6) transtitiwangsa (1) V3 (1) viking (1) Wall Climbing (2)