21 October 2015

Basic Camping 2015 ( Jelajah Gunung Angsi)

Assalammualaikum dan Salam MARCcrewz.

Basic Camping 2015 (8 - 10 Oktober 2015) ini diadakan di Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program atau lebih mesra lagi 'trip' kali ini melibatkan ahli-ahli baru yang terdiri daripada adik-adik 1st year yang baru masuk UTM.
Tujuan Basic Camping ini adalah untuk mencari pelapis dan mengajar bagaimana untuk memasang 'fly', masak dan lain-lain serta memberi pengalaman mendaki gunung kepada ahli-ahli baru.

info tentang Gunung Angsi (source : here)

Kami mendaki daripada trek ulu bendul dan turun laluan trek bukit putus.



8/10/2015 (Khamis)
Kami berkumpul di DSM pada pukul 9.30 malam dan bertolak ke Ulu Bendul dari UTM pukul 10.30 malam dengan bas.

9/10/2015 (Jumaat)
Setelah penat menyanyi di dalam bas (bas kedua jer dapat karaoke ni, bas lagi satu bosan. hahaha), kami berhenti selama setengah jam di RnR Pagoh pada pukul 12.40 pagi. Setelah supper (ada yang makan Pau Panas, ada yang layan Nasi Lemak) di RnR, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang dituju. 

Kami tiba di Ulu Bendul pada pukul 2.40 pagi dan berjalan (dalam keadaan mamai memasing sebab baru bangun tidur) ke tapak perkhemahan di dalam kawasan Hutan Rekreasi Ulu Bendul untuk aktiviti memasang fly, ikatan tali dan memperkenalkan barang-barang kepada pelajar tahun pertama yang menyertai Basic Camping ini. Setelah fly didirikan, setiap kumpulan mentanak nasi untuk sarapan pagi (Nasi goreng + telur + ikan bilis). Aktiviti memasang fly dan ikatan tali serta masak nasi tamat dalam pkol 5. Ada yang sambung tidur, ada yang menunggu azan subuh.

Selepas solat subuh, setiap kumpulan terus menyediakan sarapan pagi dan mentanak nasi untuk makan tengahari di puncak.Masa ini lah masing-masing busy dengan packing untuk lunch di puncak sehinggakan ada group yang tertinggal ikan untuk lunch. (nanti kan gambar group itu, hahaha)
 Pada pukul 8.30 pagi, kami mendengar taklimat dari Encik Roslan mengenai peraturan dan pantang-larang mendaki Gunung Angsi. Last but not least, gambar!




Para Peserta Basic Camping 2015 & Team 5 
*abang dua orang yang depan tu kategori geng last minute*



Kami mula mendaki pada pukul 8.37 pagi. Permulaan perjalanan agak landai dan kami tiba di pondok pertama pada pukul 8.55 pagi. Dan semua masih steady! Masa ni semua semangat lagi. Pada pukul 9.25 pagi, kami tiba di Kem Tangga Batu yang mempunyai kawasan yang agak luas. Perjalanan ke Kem Tangga Batu agak naik dan mendatar. Masa ni masih lagi kuat dan rancak bernyanyi.


Masing-masing masih lagi mampu tersenyum. Nantikan pacak yang tiada henti nya. 
*nak belanja gambar time pacak, tak ada sebab sume mental dan pewai nak amek gambar*








DAN akhir nya kami tiba di puncak jam 11.10 pagi (agak laju jugak lah korang ni, komen daripada senior). hihihi. sampai-sampai jer terus terus cari tempat group masing-masing nak masak. Lapar kotttt. hah jap lagi ade gmbar group yg x bawak ikan tu. sabar eh. haha
Menu Lunch : Nasi Putih + Ikan Masak Kicap + Sayur Kacang Buncis



ni group guider (guider laju). steady jer semua cuma tu hah guider sampai x nak pandang camera, lapar sgt kata nya. hahaha. untung lah duduk atas fly. 



group ni masak sedap woo. haha. Pengarah dgn Kem Kom yang masak. x larat dah para gadis dalam group ni. *aku tgh makan ni (tasha yang pegang sudu)*



hah. group ni lebar senyum yer amek gambar. mana x nye, abang2 di gandingkan dengan adik-adik yang comel-comel dalam group ni. hahaha
*sibuk jer abang fadhli (abang last minute) yang baju hijau tu*



hah! Group ni lah yang lupa bwki ikan goreng tu. haha. menu mereka : Nasi putih + sayur kacang buncis + kicap. alhamdulillah kenyang jugak mereka. *bersih jer kuali?*



ni group Team 5 iaitu jiran kami daripada kolej sebelah (KTDI)
terima kasih join sekali.



ini lah sweeper kami yang melepet tido tu,. mereka tiba jam 12.40 tengahari. tanpa mereka kami tidak mungkin tiba di puncak sebelum jam 12.40. terima kasih juga kepada bekas Presiden Marc, Abang Ram yang masih lagi berminat join trip Marc.
*kata-kata semangat daripada sweeper baju merah tu akan membuatkan korang semua tidak berhenti dan terus menuju ke puncak, terbaik sweeper!*



antara gambar-gambar di puncak Gunung Angsi.






Pada pukul 1.50 petang, kami bersiap untuk turun dan keluar dari hutan pada pukul 3.17 petang. Kemudian kami berjalan kaki ke Hutan Rekreasi Ulu Bendul yang jauhnya 3km dari tempat kami turun dan tiba pada pukul 4.06 petang ( seronok jalan kaki sambil kena hon dengan kereta lalu lalang. hahaha). Ramai yang kepenatan dan berehat sebentar bersama kitkat green tea sebelum membersihkan diri. Pada pukul 6.30 petang, kami bersiap siap untuk BBQ pada malam tersebut. BBQ kotttttttt...



jalan kaki 3km.


ada 3 bara api yang cuba di hidupkan oleh mereka. terdiri daripada bara api (thepuppettears & ikmal), bara api (man & ted) dan bara api ( ijan & afifi).
nasib baik berjaya jugak buat bara api sebelum malam.

Selain daripada BBQ, setiap kumpulan menyediakan spaghetti untuk makan malam. Acah-acah western pon yer jugak malam tu. hahaha. Disebabkan ada yang telah tidur kerana kepenatan, jadi aktiviti malam tersebut ditunda ke esok hari. tapi x segelintir yang tak tidur, macam-macam aktiviti ada seperti main jutaria, teka teki ikmal, curahan hati zain dan macam-macam lah. dalam pkol 12 gitu baru lah official lights off.

10/10/2015 (Sabtu)
Selepas subuh, setiap kumpulan sediakan sarapan (bihun singapore + lempeng). Ada yang x ikut menu, belasah jer buat cucur. haha. Selepas sarapan, aktiviti ice breaking antara peserta dan alumni. 







kami gerak balik ke UTM jam 12 tengahari dan sampai jam 5 petang. sempat jugak buat post mortem. 



TERIMA KASIH KEPADA AJK DAN PARA PESERTA BASIC CAMPING 2015 SERTA ALUMNI MARC. 
*terima kasih daun keladi,
  program bukit kutu join lagi.

PROGRAM SETERUSNYA : Bukit Kutu dan Lata Medang



16 October 2015

#THROWBACK: Liang Adventure

Assalamualaikum,

Trip: 2d1n
Pengarah : Ted
Camp Comm: Ikmal

Info mengenai Gunung Liang (source: here):
Gunung Liang terletak di Tanjung Malim, Perak. Terdapat dua laluan pendakian; (1) Dari Kg. Sg. Bill, (2) Dari Kg. Sg. Dara. Terdapat dua puncak iaitu:
a) Liang East (6343 ft)
b) Liang West (6342 ft)


DAY 1

Tiba di Kg. Sg Dara (approx 6.00 am) - Berjalan kaki menuju ke empangan - Breakfast - Seperti yang dijangka, MARCcrewz gerak lewat sikit *ehehe* - Stop sebentar di Lubuk Hantu untuk setting campsite - Redah sungai besar - Shoot terus ke puncak - Mencanak - Memacak - Lunch & solat di Kem 7/11 - Teruskan perjalanan ke puncak.

Lunch & solat di Kem 7/11

Alhamdulillah sampai juga ke Puncak Liang East *Yeay*. Ada yang terus menuju ke Liang West dan ada juga yang mengambil nafas, rehat sebentar baru ke Liang West daaaan ada juga yang tak pergi langsung Liang West. Pewai. Letih kunonnya. Hampa xtau yang hampa nie rugi besar! Subhanallah view foresty lumut2 kat Liang West tu sangat lawa okaaay. Layan gambar dulu...


Liang East unlocked!
Liang East

Liang West Unlocked!

Awan pun mendung, hujan pon makin menitik - Bergerak turun - Hujan selebat2nya - Hari sudah malam - Perjalanan memakan masa yang lama kerana faktor cuaca - Tiba di Kem 7/11 - Berehat sebentar - Masing2 menggigil kesejukan - Kelaparan- Alhamdulillah ada geng lain yang setup campsite di Kem 7/11 bermurah hati memberi kami minum hot choc - Meneruskan perjalanan.

Tiba di campsite kami! *Yeay* - Tapi . . . - Untuk ke campsite di Lubuk Hantu kami perlu meredah sungai - Disebabkan hujan yang lebat, arus air di situ teramat deras - Setelah berbincang, kami bersepakat untuk tidak melintas sungai tersebut - Faktor keselamatan diutamakan - Maka bermalamlah kami sehelai sepinggang, berteduh daripada hujan lebat menggunakan ponco - Merenung sahaja campsite yang telah dipasang fly di seberang sana *perit sungguh perasaan itu*.

Alhamdulillah, ada group lain juga rupanya yang setup campsite di Lubuk Hantu - Mereka menghulurkan bantuan makanan dan minuman - Yeaps masing2 memang sangatlah lapar dan bahan makanan & masakan untuk dinner semuanya ditinggalkan di seberang nun - Team tersebut memberi beberapa bungkus maggie & bekalan air minum yang bersih menggunakan tali yang telah disediakan (utk menyeberangi sungai)- Kami mebahagi2kan makanan & miuman yang diberi - Zzzz

DAY 2

Esok paginya cuaca dah reda, kami pon meredah sungai - Arus sungai masih laju tapi tidak berbahaya seperti malam semalamnya - Alhamdulillah kesemua kami selamat meredah sungai

Apa lagi, setiap group terus keluarkan bahan masakan - MasyaAllah punyalah lapar wooor - Ada yang makan ada yang mandi - Tugasan dibahagikan sama rata.

Setelah selesai makan & mandi kami terus menuju keluar - Hujan rintik2 sepanjang perjalanan - Pace masing2 relax tapi laju - Setelah melepasi gate empangan, dalam berkumpulan kami berjalan kaki menuju ke Kg Sg. Dara - Hujan sangat lebat - Memang kuyup.

Bas UTM pon dah tunggu - Masing2 tukar baju kering - Bas terus menuju pulang ke UTM - Setibanya di UTM barang2 kelab dipulangkan, dibersihkan & bersurai - Esoknya sessi postmortem.


KESIMPULAN:

  • Start trekking as early as possible.
  • Bring your own emergency food.
  • Training is important. Jangan skip2 training.



18 September 2015

Sesi Suai Kenal Bersama Ahli-Ahli Baru MARC.

16 Sept 2015

Selepas JKM DAY, alhamdulillah MARC berkesempatan mengadakan majlis suai kenal bersama ahli-ahli baru yang mana bakal menjadi perintis Marc. Masih tidak lambat untuk mengalu-alukan kedatangan adik-adik baru ke kelab ini. Bangga dengan semangat dan kerjasama daripada mereka kerana hadir pada majlis suai kenal ini.

Selain daripada sesi suai kenal, meeting untuk Basic Camping 2015 turut dijalankan. Dengan kata sepakat, Basic Camping 2015 akan diadakan pada 8 - 10 Oktober di Gunung Angsi, Negeri Sembilan. Program ini dianjurkan khas untuk ahli-ahli baru Marc. Disamping itu, kami juga membuat kelainan dengan memberi ahli-ahli baru menjadi ajk dalam program ini agar mereka merasai cara untuk membuat program. ahli-ahli baru ini akan dibimbing oleh Majlis Tertinggi MARC. 

Kami juga mendapat cadangan-cadangan program daripada ahli-ahli baru dan Marc akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan program tersebut.


link event basic camping 2015 : https://www.facebook.com/events/408229036033768/




ahli-ahli baru (lelaki) 


suai kenal bersama ahli baru


ahli-ahli baru (perempuan)


ahli-ahli baru (lelaki)
turut hadir alumni dan ahli Marc


taklimat ringkas daripada Penasihat Marc, En. Azizul


Cadangan-cadangan program daripada ahli baru


Mt Basic Camping 2015




16 September 2015

JKM DAY Kolej Tun Hussein Onn

15 Sept 2015

JKM DAY anjuran Ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn melibatkan Kelab MARC di mana kami dapat memperkenalkan kelab dan menarik minat mahasiswa/mahasiswi baru untuk menceburi bidang sukan outdoor. 

SELAMAT DATANG KEPADA AHLI-AHLI BARU MARC!!!


*adik-adik jomlah join #MARCcrewz mana tahu boleh tawan puncak kasih kita. 




















16 Sept 2015

sesi suai kenal bersama ahli - ahli baru MARC akan diadakan pada malam ini jam 9 malam. justeru dapat membincangkan program yang akan datang iaitu BASIC CAMPING GUNUNG ANGSI. 

25 June 2015

10 Mistakes Made by Hikers

Assalamualaikum

Selamat Menyambut Ramadhan 1436H outdoorian sekalian! Ada yang masih on trip hiking di masa Ramadhan? Good luck! Semoga korang kekal tabah menghadapai cabaraan, dugaan dan nafsu dikala berpuasa masa hiking nanti. :D 

Entry ini di-copy-paste dari website ini dan ini, It will be in English version k.


1. PACKING TOO MUCH GEAR

When you’re nervous and excited before your first hike, it’s tempting to pack everything except the kitchen sink – just in case. But packing too much clothing, food and unnecessary extras means you’ll soon be lugging an excessively heavy backpack that will seriously impede your hiking happiness. The golden rule of hiking and backpacking is not to pack more than you can carry, but better yet is to take only what you need. 


2. WEARING COTTON

Never wear cotton – including denim – hiking. Cotton traps moisture in its fibres and once wet, it can take a long time to dry. Wet clothing on your skin can give you the shivers – making you more susceptible to hypothermia. Instead, choose base layers or active wear that wicks moisture away from the skin, dries fast and breathes.

3. BUYING CHEAP HIKING EQUIPMENT

Cheap hiking equipment may seem cost-effective at the time, but when you’re in the middle of nowhere and your poor-quality tent gets a hole in it or your rain jacket fails to keep you dry, you’ll pay the price. Purchase key pieces of outdoor clothing and equipment – such as hiking bootsrain jackettent and sleeping bag


4. NOT WEARING APPROPRIATE FOOTWEAR

The key to happy hiking is happy feet. Seriously! Wear shoes or boots specifically designed to protect your feet from discomfort and injury (not flip flops or street shoes) when hiking. Also, importantly, ensure your footwear fits properly, taking into account your feet swell throughout the day. (Find out how to choose the right hiking boots.)

If you have new shoes, wear them in before you take them hiking with the socks you plan to hike in. If you feel hot spots developing on your feet, stop immediately and address the pain by applying Band-aids or experimenting with different socks. Once a blister develops, it’s too late, and each step will be painful.
5. NOT TAKING ADEQUATE AMOUNT OF FOOD & DRINK

Hiking is strenuous work, and you need to adequately fuel your body. It’s essential you take more than enough water to keep you hydrated, and pack food that will nourish and sustain you. Dried fruit, nuts, oatmeal, dehydrated meals, pasta, cheese, tuna and salami are all good options. Electrolyte sachets may also come in handy if you feel like you're dehydrated or in need of a sugar burst.


6. NOT TAKING ADEQUATE AMOUNT OF FOOD & DRINK

This is extremely important point. We seen so many cases, eg: boulder sprayed by the tagline ' XXX was here'. Everyone who plays in the outdoors should be familiar with the Leave No Trace principles, a set of ethics promoting outdoor conservation. These include respecting wildlife, leaving the environment how you found it, minimising campfire impacts and disposing of waste properly. 

7. TRAVELLING ALONE

If you’re heading out on your first hike, always go with an experienced friend and tell a friend or family member of your plans beforehand.

8. NOT CHECKING ON THE WEATHER

Always check the weather forecast before you go on any outdoor adventure.  While hiking in the rain is no problem so long as you take appropriate rainwear gear, you should avoid hiking when there’s fire, hail, snow, flood or lightning warnings.

9. STARTING LATE IN THE DAY

There are many smart reasons to start your hike early in the day. For example if you’re hiking in warm weather, this will be the coolest part of the day. Mostly, however, it’s best to start hiking early so you have plenty of daylight to reach your destination in case you take longer than anticipated. Walking in the dark can be dangerous (which is why you should always take a torch in case). If you’re camping, it also makes sense to aim to arrive with plenty of time to set up before the sun sets.

*** Padahal....... Sesiapa yang dah biasa dengan MARC, MARCcrewz ni selalunya memang jarang gerak awal. Kalau gerak awal tu mesti trip tu dapat kemkom yang tegas dan tiptop! :P

10. NOT TAKING THE TRAIL MAP

Always take a trail map with you that includes topographic features like rivers, ridges, elevations and mileages and, importantly, know how to read it. Even if you’re hiking a well-signed track or using Google Maps on your phone (always make sure your phone is fully charged before setting out), if you find yourself off track or without reception a reliable trail map could be a lifesaver. A compass, and knowing how to use it, will also come in handy.

*** Logik juga kan? Sebab, biasanya kami selalu serahkan kepada guider je. 


P/S: Mungkin ada lagi beberapa point penting lain yang mungkin kami tertinggal. Sudilah kiranya jika ada sesiapa yang nak share point tersebut di ruangan komen. Sangat dialu-alukan.

Labels

Abseiling (1) Archery (1) Basic Camping (8) BBQ Nite (4) farewell nyte (3) Hiking (47) Jkm (4) JKM Day (2) kursus (1) Log (24) marc (12) MARC wedding (1) MEGA (3) Merdeka. Hiking (4) Mountain (17) MT Kelab (6) picture (7) Plat (3) post morterm (2) program (11) promo (12) R4YH (4) renungan (2) Review (2) revisit (3) Senamrobik (2) t-shirt (3) tips (7) training (6) transtitiwangsa (1) V3 (1) viking (1) Wall Climbing (2)