21 October 2015

Basic Camping 2015 ( Jelajah Gunung Angsi)

Assalammualaikum dan Salam MARCcrewz.

Basic Camping 2015 (8 - 10 Oktober 2015) ini diadakan di Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program atau lebih mesra lagi 'trip' kali ini melibatkan ahli-ahli baru yang terdiri daripada adik-adik 1st year yang baru masuk UTM.
Tujuan Basic Camping ini adalah untuk mencari pelapis dan mengajar bagaimana untuk memasang 'fly', masak dan lain-lain serta memberi pengalaman mendaki gunung kepada ahli-ahli baru.

info tentang Gunung Angsi (source : here)

Kami mendaki daripada trek ulu bendul dan turun laluan trek bukit putus.



8/10/2015 (Khamis)
Kami berkumpul di DSM pada pukul 9.30 malam dan bertolak ke Ulu Bendul dari UTM pukul 10.30 malam dengan bas.

9/10/2015 (Jumaat)
Setelah penat menyanyi di dalam bas (bas kedua jer dapat karaoke ni, bas lagi satu bosan. hahaha), kami berhenti selama setengah jam di RnR Pagoh pada pukul 12.40 pagi. Setelah supper (ada yang makan Pau Panas, ada yang layan Nasi Lemak) di RnR, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang dituju. 

Kami tiba di Ulu Bendul pada pukul 2.40 pagi dan berjalan (dalam keadaan mamai memasing sebab baru bangun tidur) ke tapak perkhemahan di dalam kawasan Hutan Rekreasi Ulu Bendul untuk aktiviti memasang fly, ikatan tali dan memperkenalkan barang-barang kepada pelajar tahun pertama yang menyertai Basic Camping ini. Setelah fly didirikan, setiap kumpulan mentanak nasi untuk sarapan pagi (Nasi goreng + telur + ikan bilis). Aktiviti memasang fly dan ikatan tali serta masak nasi tamat dalam pkol 5. Ada yang sambung tidur, ada yang menunggu azan subuh.

Selepas solat subuh, setiap kumpulan terus menyediakan sarapan pagi dan mentanak nasi untuk makan tengahari di puncak.Masa ini lah masing-masing busy dengan packing untuk lunch di puncak sehinggakan ada group yang tertinggal ikan untuk lunch. (nanti kan gambar group itu, hahaha)
 Pada pukul 8.30 pagi, kami mendengar taklimat dari Encik Roslan mengenai peraturan dan pantang-larang mendaki Gunung Angsi. Last but not least, gambar!




Para Peserta Basic Camping 2015 & Team 5 
*abang dua orang yang depan tu kategori geng last minute*



Kami mula mendaki pada pukul 8.37 pagi. Permulaan perjalanan agak landai dan kami tiba di pondok pertama pada pukul 8.55 pagi. Dan semua masih steady! Masa ni semua semangat lagi. Pada pukul 9.25 pagi, kami tiba di Kem Tangga Batu yang mempunyai kawasan yang agak luas. Perjalanan ke Kem Tangga Batu agak naik dan mendatar. Masa ni masih lagi kuat dan rancak bernyanyi.


Masing-masing masih lagi mampu tersenyum. Nantikan pacak yang tiada henti nya. 
*nak belanja gambar time pacak, tak ada sebab sume mental dan pewai nak amek gambar*








DAN akhir nya kami tiba di puncak jam 11.10 pagi (agak laju jugak lah korang ni, komen daripada senior). hihihi. sampai-sampai jer terus terus cari tempat group masing-masing nak masak. Lapar kotttt. hah jap lagi ade gmbar group yg x bawak ikan tu. sabar eh. haha
Menu Lunch : Nasi Putih + Ikan Masak Kicap + Sayur Kacang Buncis



ni group guider (guider laju). steady jer semua cuma tu hah guider sampai x nak pandang camera, lapar sgt kata nya. hahaha. untung lah duduk atas fly. 



group ni masak sedap woo. haha. Pengarah dgn Kem Kom yang masak. x larat dah para gadis dalam group ni. *aku tgh makan ni (tasha yang pegang sudu)*



hah. group ni lebar senyum yer amek gambar. mana x nye, abang2 di gandingkan dengan adik-adik yang comel-comel dalam group ni. hahaha
*sibuk jer abang fadhli (abang last minute) yang baju hijau tu*



hah! Group ni lah yang lupa bwki ikan goreng tu. haha. menu mereka : Nasi putih + sayur kacang buncis + kicap. alhamdulillah kenyang jugak mereka. *bersih jer kuali?*



ni group Team 5 iaitu jiran kami daripada kolej sebelah (KTDI)
terima kasih join sekali.



ini lah sweeper kami yang melepet tido tu,. mereka tiba jam 12.40 tengahari. tanpa mereka kami tidak mungkin tiba di puncak sebelum jam 12.40. terima kasih juga kepada bekas Presiden Marc, Abang Ram yang masih lagi berminat join trip Marc.
*kata-kata semangat daripada sweeper baju merah tu akan membuatkan korang semua tidak berhenti dan terus menuju ke puncak, terbaik sweeper!*



antara gambar-gambar di puncak Gunung Angsi.






Pada pukul 1.50 petang, kami bersiap untuk turun dan keluar dari hutan pada pukul 3.17 petang. Kemudian kami berjalan kaki ke Hutan Rekreasi Ulu Bendul yang jauhnya 3km dari tempat kami turun dan tiba pada pukul 4.06 petang ( seronok jalan kaki sambil kena hon dengan kereta lalu lalang. hahaha). Ramai yang kepenatan dan berehat sebentar bersama kitkat green tea sebelum membersihkan diri. Pada pukul 6.30 petang, kami bersiap siap untuk BBQ pada malam tersebut. BBQ kotttttttt...



jalan kaki 3km.


ada 3 bara api yang cuba di hidupkan oleh mereka. terdiri daripada bara api (thepuppettears & ikmal), bara api (man & ted) dan bara api ( ijan & afifi).
nasib baik berjaya jugak buat bara api sebelum malam.

Selain daripada BBQ, setiap kumpulan menyediakan spaghetti untuk makan malam. Acah-acah western pon yer jugak malam tu. hahaha. Disebabkan ada yang telah tidur kerana kepenatan, jadi aktiviti malam tersebut ditunda ke esok hari. tapi x segelintir yang tak tidur, macam-macam aktiviti ada seperti main jutaria, teka teki ikmal, curahan hati zain dan macam-macam lah. dalam pkol 12 gitu baru lah official lights off.

10/10/2015 (Sabtu)
Selepas subuh, setiap kumpulan sediakan sarapan (bihun singapore + lempeng). Ada yang x ikut menu, belasah jer buat cucur. haha. Selepas sarapan, aktiviti ice breaking antara peserta dan alumni. 







kami gerak balik ke UTM jam 12 tengahari dan sampai jam 5 petang. sempat jugak buat post mortem. 



TERIMA KASIH KEPADA AJK DAN PARA PESERTA BASIC CAMPING 2015 SERTA ALUMNI MARC. 
*terima kasih daun keladi,
  program bukit kutu join lagi.

PROGRAM SETERUSNYA : Bukit Kutu dan Lata Medang



0 feed back(s):

Labels

Abseiling (1) Archery (1) Basic Camping (8) BBQ Nite (4) farewell nyte (3) Hiking (47) Jkm (4) JKM Day (2) kursus (1) Log (24) marc (12) MARC wedding (1) MEGA (3) Merdeka. Hiking (4) Mountain (17) MT Kelab (6) picture (7) Plat (3) post morterm (2) program (11) promo (12) R4YH (4) renungan (2) Review (2) revisit (3) Senamrobik (2) t-shirt (3) tips (7) training (6) transtitiwangsa (1) V3 (1) viking (1) Wall Climbing (2)