20 January 2011

CUSGBB (FULL CIRCLE)

Oleh: Najwa dan Juwei Itu حزوان

Pada 28 januari 2011 hingga 6 febuari 2011,Merbau Adventure and Recreation Club (MARC) akan menganjurkan program CUSGBB FULL CIRCLE. [Chamah-Ulu Sepat-Gerah-Bieh-Bilah].Diharapkan program yang berjalan selama 9 hari ini, dapat membina keyakinan para peserta serta dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan di samping merapatkan ukhwah sesama sendiri.Ternyata,cabaran yang bakal di hadapi para peserta program ini dapat memperkukuhkan lagi mental dan fizikal para peserta bagi menempuh cabaran dunia luar kelak.



Rancangan Tentatif

Hari Pertama
Starting point - Pos Rekom - Kem Pakma - Kem Tengah - Kem Tongkat Ali

Hari Kedua 
Kem Tongkat Ali - Anak Chamah - Puncak Gunung Chamah - Kem Tongkat Ali - Kem Tengah - Kem Pakma - Kg Rekom

Hari Ketiga 
Kg Rekom - Kem Peres - Kem Meggi - Kem Sg Retak

Hari Keempat 
Kem Sg Retak - Kem Sempadan - Kem Sg Lepir-Simpang Ulu Sepat - Puncak G. Ulu Sepat - Simpang Ulu Sepat - Kem Sg Lenweng

Hari Kelima 
Kem Sg Lenweng - Simpang Ulu Sepat Gerah - Kem Agek-Kem Kunyit - Kem Perodua - Kem Sarsi

Hari Keenam 
Kem Sarsi-Simpang (Gerah-Bilah) - Puncak Gerah - Puncak Bieh - Puncak Gerah-Simpang (Gerah-Bilah) - Kem 1

Hari Ketujuh
Kem 1 - Puncak Bilah - Puncak Duri - Puncak Geraloh - Kem Gay - Kem Sg Ke - Dakoh

Hari Kelapan 
Dakoh - Pos Simpoh - TAMAT




update: peserta CUSGBB telah berjaya menamatkan ekspidisi dan pulang ke kolej kesayangan pada 7 Februari 2011. Tahniah diucapkan.

17 January 2011

WALL CLIMBING 2011

Oleh: Najwa dan Juwei Itu حزوان

Bagi membuka tirai tahun 2011, MARC telah menganjurkan Program Wall Climbing pada 15/1/11 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KBS) Larkin. Program yang bermula jam 8.00pagi dan berakhir jam 2.00petang ini disertai oleh 38 orang mahasiswa dari Kolej Tun Hussien Onn (KTHO). Sebelum aktiviti dimulakan, kami terlebih dahulu mengalas perut dengan sarapan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Selepas selesai bersarapan, wakil dari Student Recreation Club (SRC) mula memperkenalkan peralatan-peralatan wall climbing serta menerangkan aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan. Seterusnya, kami melakukan senaman untuk memanaskan badan yang diketuai oleh En Ibrahim yang juga bekerja sebagai  pensyarah di Fakulti Sains Sukan.Berakhirnya sesi memanaskan badan, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap peserta telah diberi peluang untuk mencuba kedua-dua wall yang disediakan iaitu ''speed climb'' dan '' top/lead climb. Peserta kelihatan gembira apabila berjaya sampai di puncak dan ada juga peserta yang tidak berputus-asa untuk mencuba setelah gagal. Program yang diakhiri dengan sesi pengambaran bersama ahli SRC ini diharapkan dapat merapatkan hubungan antara kelab dan juga ahli kelab sendiri selain dapat memberi pendedahan tentang salah satu sukan ekstrim yang popular di Malaysia. Pihak MARC mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran kolej, pegawai pengiring, 'instructor' dari SRC dan juga peserta-peserta yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dengan lebih ramai peserta.

Gambar-gambar :

Antara perlatan yang diperlukan dalam sukan 'wall climbing'


Sesi taklimat oleh 'instructor' dari kelab SRC
Para peserta juga diberikan sedikit nota dan info ringkas mengenai sukan 'wall climbing'

Aktiviti regangan dan pemanasan badan oleh En. Ibrahim
Aktiviti ini mengajar kami untuk bekerjasama dan saling membantu

'Lead climb' dan 'Speed climb'
Cubaan memanjat oleh pengarah program
Antara peserta lain yang menunggu giliran mereka

Reaksi puas dan gembira setelah berjaya ke puncak

Antara peserta wanita yang berjaya

Para peserta mengambil gambar bersama 'wall'

MARC dan SRC

16 January 2011

Senamrobik FIEST'U 2011

oleh:  Juwei Itu حزوان

Salam perpaduan! Pada pagi Ahad, 16/1/2011, MARC telah menghadiri senamrobik sempena Fiesta Keusahawanan Siswa 2011 (FIEST'U 11) setelah dijemput sebagai wakil KTHO. MARC telah menghantar wakil seramai 18 orang bagi memeriahkan acara tersebut yang diadakan di tempat letak kerea 'Student Mall' berdekatan dengan Kafe Meranti. Acara Senamrobik ini disertai hampir 50 orang mahasiswa dan dimulakan pada jam 8.15pagi dan berakhir pada jam 10.00pagi. Pihak pengajur yang terdiri daripada Kelab Usahawan UTM telah menjemput seorang 'instructor', kak Syima untuk mengetuai acara senamrobik tersebut. Kami mendapat peluang beramah-mesra dengan kak Syima untuk bertukar-tukar pandangan setelah acara tamat. Peserta kemudiannya diberi makanan dan minuman percuma manakala sijil penyertaan dimaklumkan akan diberikan kemudian. Acara sukan ringkas ini sememangnya mebuatkan kami berpeluh dan merapatkan ukhuwah diantara kami. Pihak MARC mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput kami dan mengucapkan semoga FIEST'U 11 berjalan dengan lancar!

Gambar-gambar: 

klik gambar untuk mengetahui acara-acara lain FIEST'U di FB
Antara gerakan senamrobik
kak Syima di tengah
Antara yang hadir
Kelihatan beberapa peserta masih kekok untuk mengikut gerakan senamrobik
Antara wakil dari MARC KHTO. Kami memakai baju kuning, putih dan hitam
Para peserta diberi sijil, makanan dan minuman percuma

10 January 2011

WALL CLIMBING :)

Pada 15 january 2011,iaitu pada hari sabtu,MARC akan mengadakan aktivitinya yang pertama untuk tahun 2011 iaitu wall climbing.

Di harapkan,melalui aktiviti ini kita bersama-sama dapat membuka peluang kepada pelajar baru untuk mengetahui lebih lanjut mengenai wall climbing dan dapat dapat mengeratkan lagi silaraturrahim antara ahli kelab.



TENTATIF PROGRAM
Sabtu (15 JANUARI 2011)
8.00 pagi – berkumpul di hadapan DSM
8.15 pagi – bertolak ke KBS Larkin menaiki bas
8.30 pagi – tiba di KBS Larkin dan dengar sesi taklimat
9.00 pagi – bermula sesi wall climbing
12.00 tgh hari – bersiap-siap dan bertolak pulang ke UTM

* kita bersama-sama akan sarapan di kbs larkin :)
* tempat terhad untuk 30 orang sahaja. ;)


RSVP here: FB Event

08 January 2011

aktiviti tahunan (2011)

Pada 7/11/2011 , mesyuarat pertama MARC telah diadakan.Mesyuarat ini bertujuan untuk

a) Melantik pengarah untuk setiap program.
b) Mengingati semula apakah tugas setiap ahli jawatankuasa.

Antara Program yang bakal di laksanakan untuk tahun 2011 ialah

1. Wall Climbing   (Pengarah : Ummie)
2. Gunung Tahan   (Pengarah : Shukree Saidi)
3. Kursus Keselamatan  (Pengarah : Arman)
4. Gunung Muntahak  (Pengarah : Nizam)
5. Basic Camping  (Pengarah : Amin)
6. Exploration Tok Nenek Mount (Pengarah : Pehe )
7. Run For Your Heart (Pengarah : Faisal)
8. Via Ferrata  (Pengarah : Rafi)
9. Best 11 (Pengarah : Amin)


Tarikh untuk setiap program masih di dalam perbincangan.Ini kerana adanya perubahan dalam kalender akademik.

P/S : Berakhirnya meeting pertama ini,di harap semua ahli jawatankuasa MARC serta semua ahli kelab dapat memberi kerjasama yang baik untuk memajukan lagi kelab MARC :)


 

Labels

Abseiling (1) Archery (1) Basic Camping (8) BBQ Nite (4) farewell nyte (3) Hiking (47) Jkm (4) JKM Day (2) kursus (1) Log (24) marc (12) MARC wedding (1) MEGA (3) Merdeka. Hiking (4) Mountain (17) MT Kelab (6) picture (7) Plat (3) post morterm (2) program (11) promo (12) R4YH (4) renungan (2) Review (2) revisit (3) Senamrobik (2) t-shirt (3) tips (7) training (6) transtitiwangsa (1) V3 (1) viking (1) Wall Climbing (2)