17 January 2011

WALL CLIMBING 2011

Oleh: Najwa dan Juwei Itu حزوان

Bagi membuka tirai tahun 2011, MARC telah menganjurkan Program Wall Climbing pada 15/1/11 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KBS) Larkin. Program yang bermula jam 8.00pagi dan berakhir jam 2.00petang ini disertai oleh 38 orang mahasiswa dari Kolej Tun Hussien Onn (KTHO). Sebelum aktiviti dimulakan, kami terlebih dahulu mengalas perut dengan sarapan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Selepas selesai bersarapan, wakil dari Student Recreation Club (SRC) mula memperkenalkan peralatan-peralatan wall climbing serta menerangkan aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan. Seterusnya, kami melakukan senaman untuk memanaskan badan yang diketuai oleh En Ibrahim yang juga bekerja sebagai  pensyarah di Fakulti Sains Sukan.Berakhirnya sesi memanaskan badan, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap peserta telah diberi peluang untuk mencuba kedua-dua wall yang disediakan iaitu ''speed climb'' dan '' top/lead climb. Peserta kelihatan gembira apabila berjaya sampai di puncak dan ada juga peserta yang tidak berputus-asa untuk mencuba setelah gagal. Program yang diakhiri dengan sesi pengambaran bersama ahli SRC ini diharapkan dapat merapatkan hubungan antara kelab dan juga ahli kelab sendiri selain dapat memberi pendedahan tentang salah satu sukan ekstrim yang popular di Malaysia. Pihak MARC mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran kolej, pegawai pengiring, 'instructor' dari SRC dan juga peserta-peserta yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dengan lebih ramai peserta.

Gambar-gambar :

Antara perlatan yang diperlukan dalam sukan 'wall climbing'


Sesi taklimat oleh 'instructor' dari kelab SRC
Para peserta juga diberikan sedikit nota dan info ringkas mengenai sukan 'wall climbing'

Aktiviti regangan dan pemanasan badan oleh En. Ibrahim
Aktiviti ini mengajar kami untuk bekerjasama dan saling membantu

'Lead climb' dan 'Speed climb'
Cubaan memanjat oleh pengarah program
Antara peserta lain yang menunggu giliran mereka

Reaksi puas dan gembira setelah berjaya ke puncak

Antara peserta wanita yang berjaya

Para peserta mengambil gambar bersama 'wall'

MARC dan SRC

2 feed back(s):

c.t.d.y.a said...

tribute tu tuan punya camera: aminuddin jameran... ;)

Anonymous said...

much like! :)) tq juwei.

Labels

Abseiling (1) Archery (1) Basic Camping (8) BBQ Nite (4) farewell nyte (3) Hiking (47) Jkm (4) JKM Day (2) kursus (1) Log (24) marc (12) MARC wedding (1) MEGA (3) Merdeka. Hiking (4) Mountain (17) MT Kelab (6) picture (7) Plat (3) post morterm (2) program (11) promo (12) R4YH (4) renungan (2) Review (2) revisit (3) Senamrobik (2) t-shirt (3) tips (7) training (6) transtitiwangsa (1) V3 (1) viking (1) Wall Climbing (2)