oleh: Juwei Itu حزوان
Salam perpaduan! Pada pagi Ahad, 16/1/2011, MARC telah menghadiri senamrobik sempena Fiesta Keusahawanan Siswa 2011 (FIEST'U 11) setelah dijemput sebagai wakil KTHO. MARC telah menghantar wakil seramai 18 orang bagi memeriahkan acara tersebut yang diadakan di tempat letak kerea 'Student Mall' berdekatan dengan Kafe Meranti. Acara Senamrobik ini disertai hampir 50 orang mahasiswa dan dimulakan pada jam 8.15pagi dan berakhir pada jam 10.00pagi. Pihak pengajur yang terdiri daripada Kelab Usahawan UTM telah menjemput seorang 'instructor', kak Syima untuk mengetuai acara senamrobik tersebut. Kami mendapat peluang beramah-mesra dengan kak Syima untuk bertukar-tukar pandangan setelah acara tamat. Peserta kemudiannya diberi makanan dan minuman percuma manakala sijil penyertaan dimaklumkan akan diberikan kemudian. Acara sukan ringkas ini sememangnya mebuatkan kami berpeluh dan merapatkan ukhuwah diantara kami. Pihak MARC mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput kami dan mengucapkan semoga FIEST'U 11 berjalan dengan lancar!
Gambar-gambar:
![]() |
klik gambar untuk mengetahui acara-acara lain FIEST'U di FB |
![]() |
Antara gerakan senamrobik |
![]() |
kak Syima di tengah |
![]() |
Antara yang hadir |
![]() |
Kelihatan beberapa peserta masih kekok untuk mengikut gerakan senamrobik |
![]() |
Antara wakil dari MARC KHTO. Kami memakai baju kuning, putih dan hitam |
![]() |
Para peserta diberi sijil, makanan dan minuman percuma |
1 feed back(s):
best.juwei hebat.thumb up! :))))
Post a Comment