Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kebesaran-Nya program Kinabalu Challenge 2009 dapat berjalan dengan sempurna dan jayanya. Di belakang kejayaan ini berdirinya semangat dan doa dari ibu bapa, ahli keluarga, pengetua Kolej Tun Hussein Onn, penasihat program dan kawan-kawan. Tanpa mereka mungkin tugasan yang diberikan kepada saya tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Program Kinabalu Challenge 2009 ini wajar diteruskan lagi pada masa akan datang kerana pengalaman kami di sana tidak dapat dikongsikan kepada rakan- rakan dengan hanya ungkapan kata - kata. Subhanallah. Kekaguman melihat keindahan Maha Pencipta tidak dapat diluahkan dengan perasaan.
Semoga dengan usaha dan pengalaman pertama kami menjalankan salah satu program besar Kolej Tun Hussein Onn ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan maklumat berguna kepada program - program kolej yang mendatang, InsyaAllah.
~SaudaraMuhammad Zakwan Bin Mohamed Yussof~
Pengarah Program Kinabalu Challenge 2009
********************************************************************
Alhamdulillah… setinggi- tinggi syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi atas kesempatan dan peluang yang diberikan kepada warga KC 09 untuk menjalankan program ini dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada pengarah, ahli jawatankuasa serta semua peserta di atas kejayaan ini. Bertunjangkan ukhwah yang padu serta kerjasama serta usaha gigih setiap individu yang tidak kenal erti penat lelah selama 4 bulan telah membuahkan hasil yang sangat mengkagumkan. Secara ikhlas, saya sebagai penasihat kelab berasa begitu kagum melihat perancangan yang rapi serta kreativiti yang ditunjukkan dalam berganding bahu mengatasi setiap halangan terutamanya dalam mencari sumber pendapatan dalam bentuk jualan, pengendalian program, sumbangan serta penajaan bagi mencapai sasaran yang diperlukan.
Saya yakin kemahiran insaniah yang diperolehi oleh peserta sepanjang menjalankan program ini sangat berguna di masa hadapan dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan serta belia yang bermanfaat kepada nusa, bangsa dan negara.
Terima kasih diucapkan kepada Pengetua kolej, warga MAFAN, pihak HEP, pengurusan universiti, penaja-penaja serta semua pihak yang telah memberi kerjasama padu secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program ini. Diharapkan dengan kejayaan yang diperolehi sedikit sebanyak dapat menjadi sumber rujukan serta batu loncatan kepada warga kolej untuk mengendalikan program yang lebih baik pada masa akan datang.
Akhir kalam, selaku penasihat kelab, saya ingin memohon kemaafan sekiranya telah menyinggung hati mana-mana pihak secara langsung ataupun tidak sepanjang membimbing pengendalian program ini. Semua niat ikhlas kita dapat dijadikan bekalan kepada diri masing-masing untuk perjalanan hidup yang lebih jauh. Sekian.. Salam ukhwah
~Encik Mohd Izuddin Bin Md. Ithnan~
Penasihat Program Kinabalu Challenge 2009
1 feed back(s):
ijatty likes this post.. wink2
Post a Comment