Alhamdulillah dengan izinNya, Kelab MARC akhirnya berjaya mengadakan Annual Grand Meeting (AGM) MARC 2014/2015.
Bertempat di bilik seminar Kolej Tun Hussein Onn. Alhamdulillah kehadiran ahli-ahli kelab memberansangkan.
AGENDA 1
§ Majlis dimulakan dengan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh saudara Zed.
§ Pengerusi memberikan ucapan alu-aluan kepada yang hadir dan berharap semoga kelab MARC terus success dan diterajui oleh generasi-generasi baru.
AGENDA 2
§ Laporan aktiviti bagi tahun 2013 dibentangkan.
§ Tiada perkara-perkara yang berbangkit.
§ Tidak semua rancangan tahunan dijalankan. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor yang menghalang.
§ Selepas selesai perbentangan laporan, Majlis Tertinggi Kelab Marc 2013/2014 rasmi dibubarkan.
AGENDA 3
§ Perlantikan ahli-ahli baru untuk Majlis Tertinggi Kelab Marc 2014/2015.
§ Sebelum perlantikan dimulakan, mantan-mantan majlis tertinggi memberikan nasihat kepada bakal-bakal majlis tertinggi yang baru.
§ Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saudari Izzati.
§ Alhamdulillah selepas selesai mengundi, Majlis Tertinggi Kelab Marc 2014/2015 telah ditubuhkan.
§ Majlis diteruskan dengan perbincangan mengenai sasaran kerja tahunan bagi tahun 2014.
§ Pelbagai cadangan dilontarkan daripada ahli-ahli kelab Marc.
§ Antara cadangan tersebut ialah :
A) Mendaki Gunung Cabang Tiga
B) Mendaki Gunung Arong
C) Basic Camping
D) Nightwalk
** terdapat banyak lagi cadangan yang diberikan oleh ahli-ahli kelab.
SUASANA MESYUARAT TAHUNAN
KELAB MARC
Bakal-bakal pemimpin MARC |
Selamat menjalankan tugas kepada bakal peneraju MARC Sessi 2014!!
"A person makes a drop, TOGETHER we make an ocean"
>> Zack + Bella Big Day
>> Sneak peak Kerinci
0 feed back(s):
Post a Comment