Oleh: Juwei Itu حزوان
Pada 24 hingga 29 Januari 2013, Merbau Adventure and Recreation Club (MARC) telah menjalankan aktiviti yang pertama bagi tahun ini. Akitivi mendaki Trans Bintang ini dirancang menawan empat (4) puncak iaitu, Bintang False (5100kaki), Bintang South (5118kaki), Bintang North (6020kaki) dan Puncak Gunung Bintang (6110kaki).
Pendakian kali ini akan melalui dua (2) buah negeri iaitu Perak dan Kedah dan dirancang akan berjalan selama enam (6) hari ini akan disertai oleh 16 orang peserta termasuk penunjuk arah, pegawai pengiring dan ahli kelab. Pada ketika artikel ini ditulis, pasukan mendaki sedang giat membuat persiapan teknikal dan juga latihan bagi memastikan kelangsungan program.
Plat-plat telah siap dihasilkan untuk diletakkan di beberapa 'checkpoint' utama sepanjang laluan. Plat dengan mesej "save earth, we have nowhere else to go!" ini bertujuan memperingatkan para pengunjung tentang kesedaran pemeliharaan alam sekitar dan bertanggung jawab terhadap sampah seperti plastik yang dibawa masuk. Di samping dapat memudahkan pendaki-pendaki lain mengenal lokasi yang mereka lalui, ia secara tidak langsung menjadi satu sumbangan MARC kepada dunia pendakian.
Diharapkan semua pendaki dapat pergi dan kembali pulang dengan selamat disamping dapat mengambil iktibar, pengajaran dan input sepanjang aktiviti pendakian ini nanti. Insya Allah.
feedback from our lineup:
Alhamdulillah,trip yg sgt bermakna sekali lagi berjaya dilaksanakan.hari pertama naik powil ke 1st kemsite.2nd day pegi merintis semula trek lama ke false,alhamdulillah berjaya walaupun overtime sampai ke malam.tido di false. pagi2 lg da pegi mencari puncak false.plate lama ditemui semula.turun dari & berehat.4th day target ke bintang.pkul 6pm smpai south,truskan jalan,tgah malam sampai ke bintang.sume lineup jd zombie.5th day bergerak ke utara.alhamdulillah buluh kering,trek agak clear.smpai di north dlm pkul 8.6th day treking kluar ke sg kupang.mlm 2 jgak smpai ke trek balak.mengharungi trek balak yg jauh berkilometre dgn kudrat2 akhir.pkul 2am rehat jap.esok pg smbung jalan & alhamdulillah berjaya klua pg hari ketujuh. thanks semua lineup yg menjayakan trip kali ni.enjoy pictures below sbgai kenangan bersama.=)
16 orang line-up termasuk mr.poncho selepas selesai keempat-empat pendakian.:) tempat: Baling Kedah |
Berjaya menjumpai plat-plat peninggalan previous team. |
berada di atas puncak BINTANG FALSE (1st peak) |
puncak kedua. BINTANG SOUTH |
Marccrewz di puncak Bintang South |
gambar semasa di puncak GUNUNG BINTANG. |
di puncak gunung yang terakhir. BINTANG NORTH |
for more pictures klik http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4258101492626.2140883.1288554754&type=3
Rancangan
Tentatif
Hari Pertama
0 feed back(s):
Post a Comment