11 March 2009

Pengunaan Poster bersaiz A3

Mulai program akan datang, poster MARC akan menggunakan kertas A3 untuk publisiti. Papan kenyataan di blok-blok kini lebih menonjolkan poster MARC seperti gambar di atas. Feedback program juga amat positif dengan penyertaan program kayak telah penuh dan ditutup dan juga program Angsi ditambah kepada 70 orang peserta. Good Luck kepada pengarah kayak dan Angsi iaitu Epul (1SAW) dan Asif(1SAW).

MEGA (Merbauan Glory Award) 08 - Calon Kelab Terbaik


Pada 22 Mac 2009 ini akan diadakan MEGA 08 bertempat di Tropical Inn Hotel, Johor Bharu. Pada tahun ini, MARC sekali lagi dicalonkan untuk anugerah kelab terbaik bersama-sama dengan Kelab Hikmah dan PRS. Semoga MARC berjaya dianugerahkan kelab terbaik. Apa kata anda?

08 March 2009

JOM MEMANAH 2009 (21 FEB 09)


Assalamualaikum dan salam perpaduan.. seperti poster yang tertera di atas, program memanah berjaya dijalankan dengan jayanya pada hari tersebut dengan penyertaan melebihi 50 orang peserta daripada mahasiswa KTHO. Pengarah pada program kali ini ialah Nang(1SAW). Seawal jam 8.00 pg, sesi pendaftaran telah bermula dan kebanyakan peserta berjaya datang awal.



Agenda yang pertama ialah warming up!



Para peserta menuju ke KTF dengan berjalan kaki. Wajah keriangan tergambar pada muka masing-masing. : )



Kelibat Felo-felo yang telah dijemput juga hadir iaitu En. Azizul dan En. Lim Kar Sing.



Para peserta diberi briefing awal oleh 2 org instructor dari fakulti pendidikan. Seorang lelaki dan wanita(berbaju kuning). Peserta diebahagikan mengikut kumpulan dengan lebih kurang 13 orang satu kumpulan.



Satu pose menarik dari kumpulan 4!



Pada program ini, pengarah mewajibkan AJK memakai baju merah bagi membezakan dengan peserta-peserta. Mungkinkah ini satu usaha yang bagus dan patut diikuti pada program akan datang?



Para peserta kelihatan seronok mendengar tunjuk ajar dari 2 orang instructor.



Sesi praktikal tanpa arrow bermula! Masing-masing diberi peluang mencuba.



Sesi latihan diadakan sebulum pertandingan sebenar dimulakan.



Wajah-wajah comel menunggu peluang mencuba. : )



Kelibat Pengerusi Kelab MARC berjaya dirakamkan oleh pihak media sewaktu perlawanan sebenar.



Saya juga mengambil peluang mencuba. : )



Para peserta juga diajar cara membaca markah.


Seperti biasa program MARC diakhiri dengan post mortem yang sentiasa meriah. : )



Alhamdulillah program berjaya dijalankan dengan jayanya dan tahniah diucapkan kepada pengarah dan semua AJK program!

MARCCREWZ rocks!
; )

Labels

Abseiling (1) Archery (1) Basic Camping (8) BBQ Nite (4) farewell nyte (3) Hiking (47) Jkm (4) JKM Day (2) kursus (1) Log (24) marc (12) MARC wedding (1) MEGA (3) Merdeka. Hiking (4) Mountain (17) MT Kelab (6) picture (7) Plat (3) post morterm (2) program (11) promo (12) R4YH (4) renungan (2) Review (2) revisit (3) Senamrobik (2) t-shirt (3) tips (7) training (6) transtitiwangsa (1) V3 (1) viking (1) Wall Climbing (2)